• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vietnam Minta Malaysia Tingkat Dagangan

oleh
25/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI – Vietnam meminta Malaysia meningkatkan hubungan dagang dan pelaburan antara kedua-dua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata Vietnam menyasarkan jumlah dagangan Vietnam dan Malaysia meningkat kepada US$20 bilion (US$1 = RM4.2) berdasarkan potensi pelaburan yang ada antara kedua-dua negara.

“Vietnam sedia membuka ruang dan sedia menerima syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu khususnya dalam sektor infrastruktur, smart city dan pembuatan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc di Bangunan Kerajaan di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah sedang dalam lawatan rasmi tiga hari di Vietnam bermula semalam.

Vietnam ialah antara rakan perdagangan penting Malaysia, dengan jumlah dagangan pada 2017 berjumlah US$11.7 bilion, meningkat sebanyak 13.9 peratus daripada 2016.

Ia menjadikan Malaysia rakan perdagangan ke-13 terbesar Vietnam di dunia dan keempat dalam Asean selepas Singapura, Thailand dan Indonesia.

Dr Wan Azizah berkata dalam pertemuan kira-kira sejam itu, perdana menteri Vietnam turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lalu.

Beliau berkata Xuan Phuc turut menjemput Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke negaranya bagi meningkatkan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua negara yang terjalin selama 45 tahun.

Katanya, pemimpin itu turut mengucapkan tahniah kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson pada 13 Okt lepas. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd