• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UiTM Rancang Wujud Pusat Kecemerlangan Sekuriti Siber

oleh Cj Mnh
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) bercadang mewujudkan pusat kecemerlangan mengenai sekuriti siber di universiti itu dalam tempoh terdekat, sebagai usaha memperkasa bidang keselamatan siber di negara ini.

Timbalan Naib Canselor UiTM (Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni) Prof Dr Zaini Abdullah berkata pusat itu bakal dimanfaatkan pihak universiti untuk mengkaji dan meneliti langkah sesuai bagi menangani ancaman dan jenayah siber yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

“Perancangan mewujudkan pusat ini masih dibincangkan, paling baik kita kena ada pengiktirafan daripada kementerian berkaitan yang menyatakan bahawa ia adalah pusat kebangsaan berhubung sekuriti siber.

“Saya juga bercakap dengan beberapa pemain industri berkaitan dan saya berharap mereka boleh menjadikan UiTM sebagai pusat pengurusan sekuriti siber…diadakan latihan serta penyelidikan, dan apa perlu dilakukan sekarang ialah menandatangani perjanjian untuk wujudkan pusat ini di UiTM kerana kita ada kapasiti melaksanakannya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pertandingan ‘i-Hack 2018’ anjuran UiTM di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Zulkarnain Mohd Yasin.

Zaini berkata selain pembabitan pelajar dan pihak universiti secara langsung, beliau juga mahu penyertaan daripada agensi berkaitan termasuk SKMM supaya pusat tersebut dapat melahirkan pakar dalam menangani isu ancaman siber sekali gus menjadikan alam siber di negara ini lebih selamat.

“Menerusi usaha ini, kita mahu pelajar dan generasi muda turut diberi pendedahan menyeluruh berhubung isu keselamatan siber.

“Mereka ini perlu dididik supaya tidak menjadi mangsa dan pemangsa dalam kes jenayah siber kerana kumpulan ini paling ramai menggunakan media sosial,” katanya. – BERNAMA

Tags: sekuriti siberUiTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd