• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TV Pendidikan Bakal Dihidupkan Semula

oleh
17/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMBALI… Kementerian Pendidikan akan hidup semula TV Pendidikan secara percuma kepada pelajar sekolah sama ada melalui stesen televisyen atau secara talian menjelang akhir tahun depan.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, usaha memperkenalkan semula saluran televisyen khusus itu, selepas ia ditutup pada tahun 2008; bagi membolehkan orang ramai akses tanpa perlu bayar sebarang yuran langganan.

“Kita akan cuba mewujudkan kembali TV Pendidikan yang boleh diakses tanpa dibayar sama ada melalui televisyen arus perdana ataupun kita cuba melalui portal dalam talian sebab orang lebih mudah akses di mana sahaja.

“Tapi yang penting ialah kita ingin pastikan orang ramai dapat akses kepada TV Pendidikan ini. Akhir tahun depan kita akan pastikan kandungan TV Pendidikan sudah pun dapat disiapkan,” kata Maszlee ketika ditemui pemberita.

Terdahulu beliau menyampaikan hadiah pemenang Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 di Auditorium Bahagian Teknologi Maklumat, Kementerian Pendidikan, Bukit Kiara, di ibu negara semalam.

TV Pendidikan pernah dilancarkan pada 1972 menerusi saluran TV1 sehingga 1994 namun dipindahkan kepada TV2 sehingga 1999 apabila disiarkan pula melalui Astro sehingga 2006 dan kemudian TV9 sebelum ditutup pada 2008.

Mulai 2009, ia diganti laman sesawang EDUWEBTV. Mengulas lanjut Maszlee berkata, pada masa ini pihaknya sedang membangunkan kandungan TV Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Saya akan bincang dengan menterinya Gobind Singh Deo kemungkinan untuk wujudkan kandungan dan platform tersendiri bagi pelancaran semula TV Pendidikan sama ada menerusi saluran baharu RTM atau BERNAMA.

“Buat masa sekarang kita sedang bangun kandungan kita sendiri yang kita akan kongsikan dalam talian,” katanya. Bagi mempromosikan TV Pendidikan itu, pihaknya akan menjadikan program itu tular melalui laman sosial.

“Terlebih dahulu, kita akan jadikan ia tular. Hari ini kita sedar telefon pintar jadi salah satu daripada keperluan rakyat di Malaysia dan kebanyakan orang tidak boleh tinggalkan gajet ini,” kata Maszlee. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Menteri PendidikanTV Pendidikan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Albert Tei mengkritik kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah yang dikatakan untuk meringankan golongan ibu...

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah disediakan oleh kerajaan bukan pinjaman atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd