• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tujuh Tidak Boleh Ditayang Di Brunei

oleh Cj Mnh
26/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Filem terbitan Primeworks Studios, Tujuh, yang bakal menemui penonton negara ini mulai 8 November depan tidak mendapat kelulusan untuk ditayangkan di Brunei.

Pengarahnya, Raja Mukhriz Raja Ahmed Kamaruddin, berkata pihak penapisan filem negara itu memberikan alasan karyanya mengandungi unsur tidak bermoral.

“Sebagai filem yang memaparkan budaya ‘Woodstock’ dan ‘Hippies’, sudah tentu ia turut mempunyai babak membabitkan minuman keras dan penyalahgunaan dadah. Atas alasan terbabit, filem ini tidak mendapat kelulusan untuk ditayangkan di sana.

“Apa pun, saya akur dan menghormati keputusan yang dibuat pihak berkenaan,” kata Raja Mukhriz kepada BH Online.

Ditanya apakah mereka akan membuat rayuan bagi membolehkan filem terbabit ditayangkan juga di negara itu, dia menyerahkan perkara berkenaan kepada penerbitnya untuk membuat keputusan.

Sementara itu, sebagai karya bergenre seram dan cemas, Tujuh memaparkan banyak babak ngeri. Justeru, ia tidak terlepas daripada menjadi mangsa guntingan Lembaga Penapis Filem (LPF).

“Kira-kira 13 babak dipotong, tetapi ia hanya membabitkan babak dari segi sudut rakaman kamera.

“Ia memberikan sedikit kesan dari segi kesinambungan, namun tidak langsung menjejaskan jalan cerita,” kata Raja Mukhriz yang hadir ke Balai Berita bagi mempromosikan filem kedua arahannya itu, hari ini.

Tujuh menampilkan barisan pelakon hebat seperti Johan As’ari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafrel, Siti Saleha, Cristina Suzanne dan Marsha Milan. – BH Online

Tags: BruneiFILEM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Perlu Halusi Cadangan Pemuda Agar Zahid Berehat

Next Post

Malaysia Kaji Terbit Bon Global

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

Brunei Kekal Tangguh Buka Sempadan

08/06/2022
0

KUCHING: Brunei meneruskan penangguhan aktiviti merentas sempadan negara itu terhadap warga asing sehingga 15 Jun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Jabatan Perdana...

Next Post

Malaysia Kaji Terbit Bon Global

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd