Friday, December 1, 2023

Creating liberating content

Netizen Kritik Fesyen Seluar...

TIDAK dinafikan Neelofa mempunyai fashion sense yang bagus, tengok sahajalah fesyen tudung yang...

Warisan Ialah Boneka Pakatan...

SANDAKAN - Dakwaan Parti Warisan Sabah yang ia akan menjadi pemain utama sekiranya...

Penyanyi Dangdut Maut Dipatuk...

TIDAK dinafikan muzik dangdut merupakan di antara genre muzik yang paling mendapat perhatian...

Lagi Tapak Bandar Purba...

MEXICO CITY : Runtuhan sebuah bandar tamadun purba Maya yang dipenuhi dengan istana,...

Malaysia Kaji Terbit Bon Global

MALAYSIA sedang mempertimbang untuk menawarkan bon global, kali pertama dalam tempoh dua tahun, selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyemak semula sasaran pertumbuhan ekonomi negara dan mengubah sasaran bajet seimbang menjelang 2020.

Kerajaan sedang meminta bank untuk menghantar cadangan bagi terbitan bon berasaskan dolar Amerika Syarikat (AS) atau yen Jepun, demikian mengikut sumber rapat yang enggan dikenali susulan perkara berkenaan dikira sulit.

Bon berkenaan berkemungkinan dalam bentuk konvensional atau Islamik, kata beliau sambil menambah, saiz dan tempoh matang kertas hutang itu diberikan.

Jurucakap Kementerian Kewangan enggan memberi sebarang komen mengenai perkara berkenaan.

Penawaran kertas hutang itu akan menjadi yang julung kali ditawarkan oleh kerajaan baharu pimpinan Dr Mahathir yang mengambilalih tampuk kuasa pada Mei lalu.

Beliau menyasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2018 hingga 2020, lebih rendah berbanding pentadbiran sebelumnya, demikian mengikut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11).


Bajet defisit, yang sebelum ini disasarkan seimbang dalam tempoh dua tahun lagi, kini dianggarkan meningkat semula kepada 3.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Firma penarafan, Fitch Ratings, S&P Global Ratings and Moody’s Investors Service meletak Malaysia dalam gred pelaburan keempat terendah atau dalam zon A tunggal.

Kos dalam menjamin hutang kerajaan daripada kemungkiran bagi tempoh lima tahun meningkat 54 mata asas pada tahun ini kepada 112, tertinggi sejak Jun, demikian mengikut harga pada CBIN.

Mengikut carta liga Bloomberg, syarikat utiliti milik kerajaan, Tenaga Nasional Bhd, pada awal minggu ini menjual AS$750 juta sekuriti Islamik. Ia adalah syarikat Malaysia kedua yang menerbitkan bon berasaskan dolar AS pada tahun ini, selepas Malayan Banking Bhd. – Bloomberg

Kategori