• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TUDM Bawa Pulang Jenazah Anggota Bomba Ke Sibu

oleh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melaksanakan penerbangan ihsan ke Sibu, Sarawak bagi membawa pulang jenazah anggota Bomba dan Penyelamat Yahya Ali, yang terkorban dalam operasi menyelamat seorang remaja di sebuah lombong di Puchong, Selangor.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan berkata jenazah Allahyarham telah diterbangkan dari Pangkalan Udara Subang pada pukul 2 petang tadi ke Lapangan Terbang Sibu menggunakan pesawat CN 235.

Menurut kenyataan itu, penerbangan berkenaan diketuai oleh Mej Nur Husna Bazlin Rosli dan seorang pembantu juruterbang dan dibantu dua kru pesawat.

Turut mengiringi jenazah Yahya di Pangkalan Udara Subang ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Mohammad Mentek.

“Seluruh warga TUDM merakamkan takziah kepada semua waris di atas pemergian enam anggota penyelamat bomba,” menurut kenyataan itu.

Yahya, 24, adalah seorang daripada enam anggota Bomba dan Penyelamat yang terkorban dalam operasi menyelamat seorang remaja 17 tahun yang terjatuh ke dalam lombong malam tadi. – BERNAMA

Tags: BombaTUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

20/06/2026
0

KUANTAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima penyerahan rasmi sistem persenjataan FN MAG 58M 7.62mm bagi helikopter EC 725...

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd