• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sistem Pengairan Punca Sungkai Banjir

oleh
10/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGKAI – Jabatan Kerja Raya (JKR) diarah membina sistem saliran longkang yang baik di sekitar asrama sekolah Maahad Al-Abbasiah di sini dengan segera bagi mengelak kejadian banjir kilat di kawasan itu akibat limpahan dari lombong berhampiran semalam, berulang.

Arahan dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak A.Sivanesan Perak yang turun padang hari ini bagi melihat keadaan sekolah berkenaan, dan kawasan persekitarannya yang turut digenangi air semalam.

Selain kawasan asrama sekolah itu ditenggelami pasir lombong setinggi 0.3 meter, limpahan air deras yang membawa pasir turut mengakibatkan jalan raya utama Sungkai-Bidor berhampiran dinaiki air, dan ketiadaan sistem pengairan yang baik dikenal pasti antara puncanya.

“Kita lihat masalah ini disebabkan ketiadaan saliran atau longkang yang baik. Jadi bila air takungan melimpah, air itu akan turun ke kawasan yang menempatkan tiga blok asrama lelaki Maahad itu serta ke jalan raya berhampiran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sesi lawatan kerjanya ke kawasan berkenaan.

“JKR dan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) telah membuat penilaian dan mendapati kira-kira 200 meter longkang perlu dibina dari kawasan takungan air ke sekolah sini dan 300 meter longkang lagi perlu dibina di jalan utama,” katanya dan menambah, beliau akan membawa isu itu ke majlis mesyuarat kerajaan negeri hari ini untuk mendapatkan peruntukan khas bagi menangani permasalahan itu.

Banjir kilat di sekolah itu sekitar pukul 5.30 petang semalam menyebabkan 100 pelajar lelaki dipindahkan ke tempat selamat selepas asrama mereka dinaiki air, dan ia dikatakan berlaku selepas benteng tambahan yang dibina di belakang bangunan sekolah itu runtuh.

Sementara itu pengetua sekolah maahad berkenaaan, Adammee Kassim berkata ini merupakan kali ketiga sekolah itu dilanda kejadian banjir kilat yang buruk, selepas kejadian pada tahun 2000 dan 2002.

“Kita bersyukur kerana tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada pelajar. Ketika kejadian berlaku, kesemua pelajar lelaki baru sahaja selesai solat asar. Sekarang ini pelajar lelaki ditempatkan di dewan sekolah dan sesi pembelajaran ditangguhkan sementara bagi membolehkan kerja pembersihan dijalankan,” katanya.

Kira-kira 40 anggota termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bidor serta sukarelawan membantu operasi pembersihan maahad itu.

Sehubungan itu, Adammee berharap segala bentuk bantuan dapat disegerakan memandangkan pelajar tingkatan dua dan empat akan menghadapi peperiksaan Sijil Syahadah I’dadi dan Thanawi bermula 22 hingga 25 Okt ini manakala pelajar tingkatan lima akan menghadapai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 13 Nov ini.

Orang ramai yang ingin menyalur bantuan wang boleh menghubungi Adammee dengan menelefon 016-4411096 atau terus menyumbang kepada akaun Maahad Al-Abbasiah Sungkai 25807510300735 (RHB Bank). – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd