• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kawasan Banjir Di Klang Akibat Fenomena Air Pasang

oleh Cj Mnh
10/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Fenomena air pasang besar yang berlaku awal hari ini tidak menyebabkan banjir di daerah ini mahupun menjejaskan kawasan pantai di Selangor.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Samsol Maarif Saibani berkata bagaimanapun hujan lebat semalam menyebabkan kejadian banjir kilat di Kampung Delek Kiri, Kampung Delek Kanan dan Kampung Delek Baru yang turut menyaksikan 11 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Telok Pulai, Klang.

“Benteng kepada pesisir pantai kukuh dan berada dalam keadaan baik selain tiada rebakan berskala besar di daerah Klang.

“Fenomena air pasang hari ini tidak mengakibatkan sebarang kawasan dilanda banjir di Klang setakat ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Jeti Sungai keramat, di sini hari ini.

Beliau berkata kemuncak air pasang di pesisiran pantai negeri Selangor setinggi 5.6 meter dicatatkan pada 6.39 pagi tadi namun ketinggian ban pada enam meter menghalang limpahan air tersebut.

“Kita jangka paras air turun kepada 5.2 meter pada 6.57 petang nanti,” katanya.

Samsol Maarif juga berkata kincir air di Jeti Sungai Keramat di Kampung Batu 4, Klang mampu menahan air laut daripada melimpahi kampung berhampiran.

Sebanyak 10 lokasi dikenal pasti berisiko dilanda banjir akibat fenomena air pasang besar di Klang bermula dari sempadan Kuala Selangor hingga ke sempadan Kuala Langat iaitu Pangkalan Tok Muda, ban Sementa, ban Sungai Keramat Batu 5, Kapar; Jalan Pandamaran, Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang, Jeti Nelayan Kampung Perepat, Pulau Ketam, Telok Gong dan ban Sungai Serdang.

Sementara itu, daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam diletakkan dalam keadaan persediaan peringkat tinggi kerana berisiko tinggi dilanda banjir sekiranya berlaku angin kencang dan hujan lebat.

Smart Selangor Command Centre dalam satu kenyataan, berkata sehingga 2 pagi tadi, sebanyak 17 keluarga merangkumi 59 mangsa ribut dan banjir kilat di Klang, Hulu Langat dan Kuala Langat dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara. – BERNAMA

Tags: Banjirfenomena
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd