• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahap Kesejahteraan Penjawat Awam Sederhana

oleh Ahmad Albab
09/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM) menunjukkan tahap kesejahteraan atau psikologi penjawat awam sebagai sederhana, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Borhan Dolah.

Menurutnya, hasil kajian fasa pertama terhadap penjawat awam pada Ogos lepas mendapati nilai komposit indeks kesejahteraan psikologi penjawat awam adalah pada kadar 6.9 daripada skala maksimum 10.

“Ini menunjukkan tahap kesejahteraan penjawat awam adalah pada tahap sederhana,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam ke-23, di sini hari ini.

IKPM merupakan satu inisiatif yang dibangunkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengukur tahap kesejahteraan mental dan emosi rakyat mencakupi pelbagai dimensi kesejahteraan psikologi.

Berikutan itu, Borhan mahu ketua-ketua jabatan lebih peka dalam menangani situasi pegawai dan kakitangan dengan memastikan mereka menjaga kesejahteraan fizikal, spiritual serta emosi selain membentuk budaya positif bagi meningkatkan prestasi organisasi.

“Jika tidak ditangani dengan efektif, situasi tersebut boleh menjurus kepada penurunan kualiti kerja sekali gus memberi kesan kepada perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya.

Borhan berkata antara inisiatif yang boleh diambil ialah melaksanakan program-program psikologi untuk kelompok yang belum mengalami masalah kesihatan mental.

Beliau juga mahu perkhidmatan kaunseling dalam konteks komuniti diperkasa untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. – BERNAMA

Tags: KPPAPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd