• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Terlibat Dalam Kes Zahid Akan Disiasat

oleh Ahmad Albab
20/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat syarikat-syarikat yang terlibat dalam pendakwaan salah guna kuasa dan rasuah terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata mana-mana syarikat dan pihak terlibat dengan kegiatan rasuah tidak akan terlepas daripada siasatan.

“Kami akan siasat siapa juga yang terlibat dalam perbuatan rasuah, setakat ini sebuah syarikat menyatakan mereka tidak terlibat… terpulang kepada mereka untuk menyatakan.

“Penjelasan akan dibuat oleh MACC, hanya jika siasatan kami menunjukkan syarikat itu tidak terlibat dalam sebarang perbuatan rasuah, mereka tiada melakukan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Akademi Badminton Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, MyEG Services Bhd dan Lembaga Pengarahnya memaklumkan tidak disiasat SPRM atau menjadi pihak yang terlibat dalam siasatan yang membawa kepada dakwaan terhadap bekas timbalan perdana menteri itu.

Ahmad Zahid menghadapi 45 pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 semalam.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan Anggota Parlimen Bagan Datuk itu diikat jamin RM2 juta bagi kesemua pertuduhan itu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pembekuan atau rampasan aset melibatkan Ahmad Zahid, Azam berkata tiada tindakan sedemikian dilakukan setakat ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan sesi tandatangan IBR oleh BAM yang diwakili Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiSPRMsyarikat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kelantan Setuju Jawatan MB Dihad Kepada 2 Penggal

Next Post

Pribumi Mall Portal Jualan Dalam Talian Produk Orang Asli

Related Posts

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

07/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Tiga pegawai kepada seorang menteri kanan dipercayai telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini,...

Next Post

Pribumi Mall Portal Jualan Dalam Talian Produk Orang Asli

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd