• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Srikandi PPBM Melaka Terima 1,000 Ahli Baharu

oleh
12/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) malam ini menerima kira-kira 1,000 ahli baharu pada Majlis Simbolik Penyerahan Keahlian Bersatu di Dewan RTC Sungai Rambai di sini malam ini.

Ketua Srikandi PPBM, Rina Mohd Harun yang menerima borang keanggotaan baharu itu berkata pihaknya sangat mengalu-alukan penyertaan lebih ramai golongan wanita dalam parti agar suara mereka boleh dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

“Anggota-anggota baharu Srikandi yang kita terima pada malam ini mempunyai pelbagai latar belakang termasuk dari kalangan suri rumah dan golongan profesional.

“Kita berharap penyertaan ahli baharu ini membawa pembaharuan bagi menguatkan lagi parti terutama dari aspek sokongan rakyat,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Srikandi PPBM Melaka, Azalina Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Melaka dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam.

Mohd Adib yang menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka Kelima dari 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982, menyerahkan borang pemohonan untuk menjadi anggota seumur hidup PPBM, 16 September lepas.

Rina yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata setiap anggota Srikandi PPBM di seluruh negara dinasihatkan agar mereka mendekati masyarakat terutama golongan wanita.

“Ini penting kerana, dengan dekati golongan wanita, secara automatik mereka juga akan tahu apa sahaja isu yang akan mereka bangkitkan dan apabila kita tahu apa masalah yang mereka hadapi, kita cuba bantu untuk selesaikan.

“Selepas ini, Srikandi akan memperbanyakkan lagi program mendekati rakyat dan kita juga sentiasa berusaha meningkatkan keanggotaan,” katanya. — BERNAMA

Tags: BERSATURina Harun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd