• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasaran Ke Final Piala AFF Boleh Dicapai – Aidil

oleh
24/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan negara, Aidil Zafuan Abd Radzak menganggap sasaran sekurang-kurangnya mara ke final Piala AFF 2018 yang diletakkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan sesuatu mustahil dicapai.

Pemain berasal dari Negeri Sembilan berusia 31 tahun itu, berkata dengan adanya gabungan pemain senior dan muda yang dipanggil ketua jurulatih Tan Cheng Hoe untuk kem latihan kali in, mereka mampu membentuk pasukan mantap untuk melangkah jauh pada saingan tersebut.

“Bagi saya tidak mustahil kita boleh pergi ke final…saya tidak anggapnya sebagai tekanan kerana main di mana-mana pun ada tekanan. Saya rasa kita tidak boleh pergi jauh kalau tiada tekanan, kerana semua orang akan bermain sambil lewa jika tiada tekanan.

“Di tambah lagi dengan format baharu kejohanan, kita akan bermain dua perlawanan peringkat kumpulan di laman sendiri dan dua di tempat lawan. Sedikit sebanyak ia memberi kelebihan berbanding format sebelum ini, kita perlu bermain semua perlawanan di satu gelanggang,” kata pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Aidil yang bakal membuat penampilan ketiga pada Piala AFF, mahu memberikan 100 peratus selain menggunakan pengalaman dimilikinya untuk mencapai keputusan baik kerana ia mungkin Piala AFF terakhir buatnya berikutan faktor usia.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A, akan membuka tirai saingan menentang Kemboja di Phnom Penh pada 8 Nov; diikuti aksi menentang Laos di Stadium Nasional (12 Nov); Vietnam di Hanoi (16 Nov) sebelum menamatkan saingan peringkat kumpulan menentang Myanmar di Stadium Nasional (24 Nov).

“Bagi saya, Vietnam pencabar utama. Pertama kerana kita akan beraksi di tempat mereka dan kedua, mereka mempunyai pemain-pemain bagus yang beraksi ketika pasukan itu muncul naib juara Kejohanan Bawah 23 AFC. Selepas Thailand, Vietnam mampu beri saingan utama kepada kita,” katanya.

Sementara itu, Aidil yang bakal mencapai impiannya beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) bersama JDT musim depan, berkata persiapan pra-musim sangat penting dalam menentukan permulaan cemerlang pada saingan tertinggi bagi kelab di Asia itu dan juga kempen domestik melibatkan Liga Super, Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia.

“Untuk tahun depan, jadual kita lagi padat dan mencabar apabila bermain dengan pasukan-pasukan yang jauh lebih hebat, jadi kita kena gandakan persiapan kerana ia akan menentukan hala tuju kita.

“Bergantung kepada jurulatih bagaimana beliau mahu melakukan percaturan pemain, jadi pemain bukan kesebelasan utama pun harus fokus dan bersedia.

“Secara peribadi, sasaran saya ialah fokus kepada Liga Super untuk mengekalkan kejuaraan, pergi sejauh yang mungkin dalam saingan Piala FA serta Piala Malaysia dan beri tentangan sengit pada ACL,” katanya.

Beliau berkata persiapan pra-musim juga penting untuk mendapatkan keserasian antara pemain, terutamanya apabila ada pemain baharu, termasuk tonggak pertahanan terbaharu skuad Harimau Selatan itu, Mauricio dos Santos Nascimento.

Pemain berusia 30 tahun dari kelab Spartak Moscow, Rusia itu akan mengambil alih tugas berat yang sebelum ini dipikul rakan senegaranya dari Brazil, Marcos Antonio. – BERNAMA

Tags: Aidil Zafuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

India Negara Sumber Terbesar Penghijrahan Luar

Next Post

SPRM Ambil Dokumen Dari Kediaman Irwan

Related Posts

Aidil Zafuan Kata JDT Leka Di Minit Akhir

25/09/2018
0

KUALA LUMPUR - "Inilah yang berlaku dalam bola sepak. Apabila kita leka di minit terakhir, kita akan dihukum" Itu reaksi...

Aidil Kecewa Gagal Beraksi 90 Minit Final Piala Malaysia

05/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT) Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak mengakui kecewa apabila tidak dapat beraksi 90...

Next Post

SPRM Ambil Dokumen Dari Kediaman Irwan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd