Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Koperal Polis Didakwa Terima...

BUTTERWORTH - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

SMK Bukit Rahman Putra...

SUNGAI BULOH – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rahman Putra di sini dipilih sebagai sekolah rintis bagi...

KPN Dahului 250 Penerima...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

Jangan Pelihara Kucing Kalau...

KANGAR - Umat Islam dinasihatkan jangan memelihara kucing di rumah mereka sekiranya hobi...

Aidil Zafuan Kata JDT Leka Di Minit Akhir

KUALA LUMPUR – “Inilah yang berlaku dalam bola sepak. Apabila kita leka di minit terakhir, kita akan dihukum”

Itu reaksi pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd. Radzak berhubung erlawanan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Bagaimanapun, kata beliau, kelebihan masih berpihak kepada JDT kerana mempunyai kelebihan ‘away goal’ dalam perlawanan di Stadium Larkin nanti

“Kami akan pastikan kami tidak mengulangi kesilapan yang sama dan belajar dari kesilapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JDT sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Pahang dalam pertemuan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur malam tadi

Skuad Harimau Selatan terlebih dahulu membolosi gawang Tok Gajah pada minit ke-46 menerusi jaringan Gonzalo Cabrera.

Safwan Baharuddin menjadi wira Pahang apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-91 menerusi tandukan selepas menerima hantaran daripada Muslim Ahmad.


Aidil Zafuan berkata, beliau dan rakan sepasukan telah melakukan yang terbaik kerana bukan mudah untuk bermain di tempat lawan.

Katanya, barisan pemain JDT amat berdisiplin sepanjang 90 minit perlawanan dan hanya sedikit leka pada minit terakhir.

“Tidak dinafikan terdapat beberapa kesilapan yang telah kami lakukan namun barisan pertahanan tetap fokus terhadap serangan yang dilakukan pasukan Pahang,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori