• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Ambil 4 Langkah Utama Kekang Perebakan Rabies

oleh Ahmad Albab
05/10/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan Negeri akan mengambil empat langkah utama untuk mengawal pengimportan dan pergerakan anjing di negeri ini bagi mengekang perebakan wabak rabies atau anjing gila.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata empat langkah itu ialah larangan pengimportan anjing dan kucing tanpa permit, larangan pergerakan anjing dan kucing dari kawasan wabak, memantapkan kawalan di sempadan dan larangan pembuangan anjing dan kucing.

“Bagi mengelak kemasukan penyakit rabies dari negara luar ke Sarawak, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan agar semua anjing dan kucing dilarang dibawa masuk tanpa permit dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak melainkan memiliki kebenaran bertulis (import permit) dari Penguasa Veterinar Negeri.

“Anjing dan kucing yang mempunyai permit import wajib menjalani tempoh kuarantin mengikut negara dan wilayah seperti berikut Semenanjung Malaysia sebulan kuarantin dan negara tidak bebas rabies enam bulan kuarantin. Bagaimanapun, hanya negara yang disahkan bebas penyakit rabies oleh Badan Haiwan Sedunia (OIE) dikecualikan dari kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Uggah, yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Negeri, berkata membawa anjing dan kucing dari negara luar tanpa permit import adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 9 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 dan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali.

Beliau berkata bagi mengekang penularan wabak rabies itu, pergerakan anjing dan kucing dari kawasan wabak juga adalah dilarang melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Penguasa Veterinar Negeri.

“Pihak polis akan mengadakan sekatan jalan raya untuk memastikan orang awam tidak membawa keluar masuk haiwan sesuka hati dari kawasan wabak. Kesalahan di bawah Seksyen 37 (3) denda tidak melebihi RM2,500 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Uggah berkata langkah kawalan di sempadan menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dimantapkan dalam usaha Kerajaan Negeri mengekang penularan wabak rabies itu.

“Anjing dan kucing tidak dibenarkan dibawa masuk dari negara jiran di sempadan. Anjing dan kucing tidak bertuan di sempadan akan dilupuskan .

“Anjing bertuan di sempadan diwajibkan untuk disuntik dengan vaksin anti rabies. Jika gagal berbuat demikian anjing itu akan dilupuskan dan tuan punya anjing boleh didenda sehingga RM2,500 di bawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,” katanya.

Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, berkata orang ramai adalah dilarang sama sekali untuk membuang anjing dan kucing dengan alasan tidak mampu memelihara haiwan berkenaan.

Kata beliau tuan punya haiwan peliharaan boleh didenda di bawah Seksyen 73 (1), Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 dengan denda RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Tags: sarawakWabak Rabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd