• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Zunar Terhadap PDRM, Kerajaan Selesai

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes saman kartunis Zunar terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia berhubung penahanan secara salah serta rampasan buku dan baju T miliknya pada satu majlis dua tahun lepas, selesai secara baik hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam merekodkan penyelesaian itu dalam kamarnya selepas Peguam Kanan Persekutuan Kamal Azira Hassan yang bertindak bagi pihak PRDM dan kerajaan dan peguam Latheefa Koya yang mewakili Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque bersetuju untuk menyelesaikan kes saman tersebut.

Latheefa yang ditemui pemberita berkata semua barang yang dirampas iaitu buku dan t-shirt dipulangkan kepada Zunar.

Beliau berkata defendan iaitu PDRM dan kerajaan juga bersetuju membayar ganti rugi (ex gratia) kepada Zunar, bagaimanapun jumlah bayaran itu tidak didedahkan kepada media.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini.

Zunar selaku plaintif memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan 16 anggota polis, dua pegawai, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia selaku defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, Zunar mendakwa majlis minum petang anjurannya di Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor (KLSCAH) pada 17 Dis 2016 diserbu pihak polis sebelum acara bermula pada jam 3 petang dan buku serta baju T miliknya dirampas.

Plaintif berkata, dalam serbuan itu pihak polis turut menangkap pembantunya dan dua orang awam yang menghadiri majlis terbabit, bagaimanapun enggan memberikan maklumat mengenai alasan tangkapan dan rampasan.

Beliau berkata, sejumlah 1,187 naskhah buku dan 103 helai baju T dirampas dan polis memaklumkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan (cubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen).

Beliau kemudian bersama pembantu dan dua orang awam yang ditangkap dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan hanya dibebaskan pada jam 3 pagi.

Plaintif seterusnya menyatakan bahawa tangkapan dan rampasan itu adalah tidak sah dan menyebabkan beliau mengalami kehilangan serta kerugian.

Sehubungan itu, Zunar menuntut daripada defendan, ganti rugi khas RM22,388 atau secara alternatif memulangkan buku dan baju T yang dirampas, ganti rugi penangkapan secara salah, ganti rugi kecuaian, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta perisytiharan bahawa defendan memungkiri kebebasan asasi plaintif. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Kartunis Zunarmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd