• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rompak Wang 1MDB Juga Maksiat Besar

oleh
31/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perbuatan merompak wang daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) juga merupakan maksiat besar kerana perlakuannya membawa kerosakan dan kehancuran kepada negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata definisi maksiat yang dikaitkan sebagai mengundang sesuatu bencana atau bala perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas, bukan hanya melibatkan perbuatan meminum arak dan berzina.

Menurutnya, perbuatan rasuah, sistem perbankan yang menindas serta merosakkan alam sekitar untuk kepentingan tertentu juga merupakan antara perkara yang boleh mengundang bala.

“Orang selalu kaitkan gejala sosial sahaja sebagai perkara yang mengundang bala dan sering memetik ayat al-Quran surah Al-Rum ayat 41 sebagai rujukan sedangkan terdapat ayat Al-Quran lain yang menyebut tentang bala yang menimpa penduduk akibat perbuatan bermewah-mewah, membazir dan rasuah.

“Memang betul segala bentuk maksiat akan mengundang bala tetapi maksiat juga perlu difahami dalam konteks yang lebih luas,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysian Kali Ke-14 di sini hari ini.

Mujahid berkata maksiat bukan hanya dikira berdasarkan satu perlakuan tertentu sahaja tetapi selagi perbuatan tersebut tidak berpandukan maqasid dan syariat Islam, ia perlu ditangani segera.

Dalam pada itu, Mujahid berkata pengenalan Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan satu integrasi konsep ekonomi sosial dan alam sekitar yang berteraskan Islam.

Beliau berkata konsep pembangunan mampan atau lestari dari sudut Islam adalah lebih holistik kerana tidak menekankan aspek material semata-mata tetapi turut mementingkan aspek sosial dan kerohanian.

Katanya pengenalan VBI juga selaras dengan kehendak maqasid syariah dari aspek Hifz al-Mal atau penjagaan harta dan kekayaan, kesaksamaan, ketelusan, keadilan ke atas kontrak urus niaga yang menjadi teras utama kepada pelaksanaannya.

“Penerapan VBI merupakan suatu pengantara yang dilihat tepat pada masanya dalam memastikan kelestarian masyarakat dan alam sekitar terus terpelihara daripada pelbagai kerosakan angkara manusia,” katanya.

Sebelum ini, BNM dalam satu kenyataan menyebut dengan pelaksanaan VBI, pengamal perlu menimbang kesan aktiviti dan tindakan mereka bukan sahaja kepada pengguna kewangan, tetapi juga kepada pihak berkepentingan lain.

Sementara itu, Mujahid berkata Tabung Bencana Alam bagi membantu mangsa gempa bumi, tsunami dan likuifaksi (pencairan tanah) di Sulawesi, Indonesia yang ditubuhkan Jakim pada 4 Okt lepas berjaya mengumpul sebanyak RM1.167 juta.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bagi mengagihkan bantuan tersebut dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai, makanan, memperbaiki rumah dan masjid.

Mujahid berkata tabung itu akan terus dibuka memandangkan sumbangan orang ramai masih diperlukan bagi membantu negara jiran itu ketika pasca bencana. – BERNAMA

Tags: 1MDBMujahid Yusof Rawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd