Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Jambatan Bako Dijadual Siap...

KUCHING - Projek jambatan bernilai RM41.2 juta yang merentangi Sungai Bako di Kampung...

Kroni Tun Makan Guna...

Kita tidak pasti apa dalam fikiran bekas pengasas PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

2024 – Bawa KPT...

KEPENTINGAN pendidikan terhadap sesebuah negara dan masyarakat bukan suatu perihal yang sukar untuk...

PM Serah Loji Air...

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan projek...

Remaja Perempuan 17 Tahun Ditahan Miliki Pil Kuda

BESUT – Dua suspek termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditahan polis bersama 480 biji pil kuda di hadapan sebuah pasaraya di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian 8 malam tersebut, remaja itu ditahan bersama-sama seorang lelaki berusia 22 tahun di dalam sebuah kereta.

“Hasil siasatan terhadap remaja perempuan tersebut pihak polis menjumpai satu paket bungkusan plastik yang (sebelum itu) dipegangnya sebelum dibuang di atas jalan. Bungkusan tersebut mengandungi dua paket plastik berisi 396 biji pil warna merah dan empat biji pil warna hijau disyaki dadah (jenis pil kuda) .

“Pihak polis turut menjumpai satu paket plastik berisi 80 biji pil merah di dalam poket seluar pendek dipakai suspek lelaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.


Kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori