Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Croatia Mampu Atasi Skuad...

KEJAYAAN mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 pertama kali sejak dua dekad...

KKLW Komited Perkasa P’bangunan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tekad memperkasa aspek...

Tubuh Program Pengawasan Bayi...

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan sedang menimbang rancangan menubuhkan program pengawasan kebangsaan untuk memantau...

Lelaki Cemas Chopstick Tersekat...

NGILU dan ngeri membayangkan situasi terpaksa dialami seorang lelaki di China apabila sebatang...

Raja Salman, Erdogan Bincang Kes Wartawan Hilang

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Raja Salman dari Arab Saudi semalam mengadakan perbincangan mengenai kehilangan wartawan Jamal Khashoggi dalam perbualan telefon pertama berhubung kontroversi itu.

Erdogan dan Salman berbincang bagaimana untuk menghentikan tumpuan terhadap kes Jamal Khashoggi dan turut menekankan kepentingan mewujudkan kumpulan dalam rangka kerja siasatan, kata sumber presiden yang enggan dikenali.

Ankara sebelum ini berkata satu kumpulan akan dibentuk selaras dengan saranan Arab Saudi namun beberapa perincian perlu diselaraskan bagi menentukan fungsi kumpulan itu.

Kementerian luar Arab Saudi berkata Salman turut menegaskan hubungan kukuh negaranya bersama Turki dalam perbualan dengan Erdogan di telefon.

Raja Arab Saudi itu menghubungi Erdogan bagi mengucapkan terima kasih kerana menerima cadangan negaranya untuk membentuk kumpulan khas membincangkan kehilangan Khashoggi, seorang rakyat Arab Saudi.

Salman juga menekankan kepentingan hubungan Arab Saudi – Turki dan berkata, tiada seorang pun mampu melemahkan kekuatan hubungan ini.


Khashoggi dilaporkan hilang sejak menjejakkan kaki ke konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober.

Kerajaan Turki berkata mereka percaya beliau dibunuh di dalam konsulat dan dakwaan kejadian itu telah disiarkan di media Turki namun Arab Saudi menafikan sekeras-kerasnya lelaki berkenaan dibunuh di dalam premis terbabit. – AFP/BH ONLINE

Kategori