• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Kata Anwar Berpotensi Menang Bergaya

oleh Ahmad Albab
02/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mempertahankan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Port Dickson dalam usahanya kembali ke Parlimen melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) di situ.

Menurut beliau, berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh pihaknya sebelum penamaan calon PRK Port Dickson ada potensi yang baik untuk Anwar menang bergaya sebagai calon Pakatan Harapan (PH).

“Pun begitu, kita tidak boleh ambil mudah dan perlukan seberapa ramai penyokong menyampai maklumat kepada pengundi-pengundi untuk keluar mengundi.

“Saya akan ulas isu-isu berbangkit satu persatu selepas ini agar ia dapat disampaikan kepada pengundi-pengundi di Port Dickson,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kerusi Parlimen Port Dickson sengaja dikosongkan oleh penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah sebelum ini bagi memberi laluan kepada Anwar menjadi calon PRK dan sekali gus mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Strategi yang disebut ramai sebagai ‘Langkah PD’ itu bagaimanapun dikritik sebilangan pimpinan PKR sendiri termasuk Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerajaan PH dibawah pimpinan Mahathir.

Ramai pihak berpandangan Rafizi merupakan perencana kepada ‘Langkah PD’. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Anwar IbrahimRafizi Ramli
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd