• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Jangan Main ‘Tembak Rambang’

oleh Cj Mnh
17/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang terlalu agresif menyerang pesaingnya dalam pemilihan PKR kali ini dengan pelbagai tuduhan berat, dilihat boleh merosakkan keharmonian dan menjejaskan imej parti.

Sebaliknya tegas Pengerusi PKR negeri, Mohammad Faisol Abd. Rahman, Rafizi perlu tampil mengemukakan bukti sebelum melemparkan sebarang tuduhan termasuk mengenai dakwaan terbaharunya bahawa wujud masalah politik wang dalam pemilihan kali ini.

Katanya, tindakan melulu calon Timbalan Presiden PKR itu hanya boleh mengeruhkan lagi keadaan sedangkan perkara yang dibangkitkan Rafizi itu masih belum terbukti kebenarannya.

“Sepanjang tempoh pemilihan PKR ini dijalankan, hanya Rafizi begitu bersemangat menggunakan media sebagai medium untuk menjatuhkan pesaingnya.

“Jika betul pun masalah itu (politik wang ) berlaku, sepatutnya dia (Rafizi) mengadu perkara ini kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bukannya dicanangkan kepada umum melalui media. Malah sehingga semalam, difahamkan JPP masih tidak menerima satu pun aduan mengenai dakwaannya itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam Rafizi mendakwa, ahli PKR ditawarkan wang tunai RM100 bagi setiap undi untuk calon tertentu dalam pemilihan parti itu yang sedang berlangsung.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu dilaporkan berkata, perbuatan tersebut didakwa berlaku dalam pemilihan yang telah diadakan di enam negeri sejak 20 September lalu.

Mengulas lanjut, Mohammad Faisol berkata, apa yang dilakukan Rafizi itu dilihat bertentangan dengan peringatan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang tidak mahu berlakunya perpecahan disebabkan pemilihan parti.

“Tuduh menuduh ini benda tidak elok. Sepatutnya sepanjang proses pemilihan ini, kongsikan kebaikkan dan kelebihan calon bukannya mendedahkan mengenai keburukan. Hendak buat andaian perlu sediakan bukti, jangan main tembak rambang sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau percaya dan yakin, ahli-ahli PKR di negeri ini akan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden.

“Hasil kajian kami di lapangan, kedudukan Mohamed Azmin di Perlis amat kukuh,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mohd Rafizi Ramlituduhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengerusi PN Ahmad Samsuri Jawab Tuduhan Muhyiddin

Pengerusi PN Ahmad Samsuri Jawab Tuduhan Muhyiddin

16/07/2026
0

KUALA LUMPUR – PAS, Parti Wawasan, Gerakan dan MIPP akan menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd