Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Tukang Rumah Mengaku Salah...

Kuala Terengganu : Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Pinda Perlembagaan Bukan Bermaksud...

Tun Dr. Mahathir mendakwa bahawa UMNO tidak hormat perlembagaan sendiri dengan memindanya bagi...

Pelajar Lepasan SPM Maut,...

AJAL maut sememangnya ketentuan Ilahi.Niat seorang pelajar lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

52 Program CTU Dilaksanakan...

HULU TERENGGANU - Sebanyak 52 Program 'Menghubung Menyatu' (CTU), yang bakal memanfaatkan 163,000...

PRK Port Dickson: Warga ATM Dilarang Terlibat Aktiviti Politik

KUALA LUMPUR – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti politik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang berlangsung ketika ini.

Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata warga ATM perlu berpegang teguh kepada prinsip atau amalan ‘Apolitical’ iaitu tidak memihak kepada mana-mana parti politik atau terlibat dalam perjuangan parti.

“Sebarang kempen-kempen politik juga tidak dibenarkan diadakan di dalam kem tentera serta premis ATM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata larangan ini bukan hanya kepada PRK Port Dickson sahaja tetapi meliputi pilihan raya umum akan datang.

PRK Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru di antara calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar serta lima calon Bebas iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pensyarah universiti swasta Lau Seck Yan, personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong dan pakar perunding pengurusan Kan Chee Yuen.

Kerusi Parlimen itu dikosongkan Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat.


Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini (13 Okt) sebagai hari pengundian dan esok sebagai pengundian awal. – BERNAMA

Kategori