• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK PD Sekali Lagi Jika Anwar Hilang Kelayakan Calon

oleh
03/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS menyuarakan kebimbangan bahawa pengundi di kawasan Parlimen Port Dickson mungkin terpaksa berdepan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) buat kali kedua dalam masa terdekat.

Ia bakal berlaku sekiranya pihak mahkamah memutuskan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan bertanding sebagai Ahli Parlimen kerusi bandar peranginan popular Negeri Sembilan tersebut.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Presiden PKR itu tidak diberikan pengampunan bebas di bawah Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan yang melayakkan bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Sebaliknya menurut beliau, pada 16 Mei lalu, Anwar hanya dikurniakan dengan pengampunan penuh di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Klausa perkara tersebut adalah jelas merujuk kepada ‘dibenarkan dan diberi pembebasan serta-merta’ sekali gus Anwar secara perundangan cuma layak bertanding dalam pilihan raya selepas genap lima tahun dibebaskan.

“Untuk elak kerajaan terpaksa membazirkan wang bagi mengadakan PRK sekali lagi, kami harap pengundi tidak memilih Anwar,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Induk PAS bagi PRK Parlimen Port Dickson hari ini.

Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, N. Balasubramaniam.

Tidak ketinggalan ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mustaffa Daharun dan calon PAS bagi PRK Parlimen Port Dickson, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar.

Jumaat lalu, seorang pengundi berdaftar di Port Dickson, Noraziah Mohd. Shariff, 38, mengemukakan saman pemula bagi mohon perisytiharan mahkamah bahawa Anwar tidak layak bertanding untuk mana-mana kerusi.

Selain itu, pencadang bagi calon PAS, telah mengemukakan surat bantahan terhadap pencalonan Anwar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari penamaan calon, Sabtu lalu. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Port DicksonPRK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pusat Sehenti Rawat Kanser Perlu Diperluas

Next Post

8,000 Permohonan Pengecualian Cukai Diluluskan

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

Next Post

8,000 Permohonan Pengecualian Cukai Diluluskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd