• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK PD: Mohd. Isa Satu-Satunya Calon Mengundi

oleh
13/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERTANGGUNGJAWAB… Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Tan Sri Mohd. Isa Samad selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Linggi pada pukul 11.30 pagi tadi.

Kehadiran bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu ternyata berjaya ‘memalukan’ calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal berbuat demikian kerana bukan pengundi berdaftar di kerusi berkenaan selama ini.

Apatah lagi itu, ia turut beri tamparan hebat kepada jentera kerajaan yang berharap supaya bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dapat muncul sebagai rakyat Negeri Sembilan pertama dilantik sebagai perdana menteri.

Menurut media tempatan, Mohd. Isa ceria hadir bersama-sama empat anaknya iaitu Mohd. Najib, 40; Megawati, 37; Lelawati, 34, dan Juhaida, 29, sebelum itu tiba di pekarangan sekolah tersebut kira-kira pada pukul 11.15 pagi.

Beliau yang merupakan satu-satunya calon dapat mengundi dalam PRK Parlimen Port Dickson turut meluangkan masa kira-kira 25 minit beramah mesra dengan para pengundi dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ini adalah kali ke-10 saya mengundi di Port Dickson walaupun sebelum ini bertanding di Jempol dan sudah 40 tahun buat kerja politik, tidak pernah penat. Mungkin ramai sudah letih kerana tidak patut ada PRK ini,” katanya.

PRK keempat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 itu menyaksikan tujuh penjuru termasuk calon PAS, Mohd Nazari Mokhtar serta bebas iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, Lau Seck Yan, Chan Keng Leong dan Kan Chee Yuen.

Ia terpaksa diadakan selepas bekas anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan mengejut bulan lalu untuk beri ruang kepada Presiden PKR tersebut kembali semula ke Dewan Rakyat.

Sebanyak 32 pusat pengundian dibuka mulai jam 8 pagi ini bagi membolehkan 68,317 berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka sebelum ditutup serentak pada pukul 5.30 petang. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Port DicksonPRK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd