• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pulau Pinang Lupus Lebih 800 Kg Dadah

oleh
16/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Polis Pulau Pinang melupuskan pelbagai jenis dadah seberat 836.17 kilogam (kg), air dan daun ketum serta mesin memproses pil ekstasi dan psikotropik bernilai RM8.8 juta hari ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik berkata pelupusan dadah itu melibatkan kes yang telah selesai dibicarakan sejak tahun 2001 hingga 2017 dengan membabitkan 2,684 kertas siasatan di lima daerah di Pulau Pinang.

Polis telah mendapat perintah mahkamah untuk melupuskan semua dadah itu, antaranya ganja sebanyak 695.71kg; heroin (7.35kg); ketamin (1.67kg); methamphetamine (130.05kg); kafein (1.39kg); dan air ketum 257.41 liter serta daun ketum 0.038kg.

“Kami turut melupuskan mesin memproses pil-pil ekstasi dan psikotropik serta pelbagai bahan kimia cecair dan serbuk yang digunakan bagi memproses dadah seperti cecair etanol, asid kimia, kloroform dan dosium sulfat,” katanya kepada pemberita di Stor Berpusat Kontijen Polis Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahkan pelbagai jenis dadah itu kepada Kualiti Alam Sdn Bhd (Kualiti Alam) untuk dimusnahkan di premis syarikat itu di Seremban, Negeri Sembilan.

Roslee berkata sejak Januari hingga semalam, sebanyak lapan makmal haram dadah di Pulau Pinang berjaya ditumpaskan dan polis merampas pelbagai jenis bahan terlarang itu bernilai lebih RM100 juta.

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata usaha mengesan mayat bayi lelaki yang didakwa ditanam seorang lelaki di kawasan tanah perkuburan di Bagan Dalam, dekat sini awal pagi Jumaat lepas, giat dijalankan.

Beliau berkata lelaki berusia 23 tahun yang mengaku tanam mayat bayi lelaki teman wanitanya itu mendakwa menanam di kawasan berkenaan namun pasukan polis bersama bahagian forensik tidak menemui mayat itu atau sebarang kesan kubur baharu di situ.

“Polis masih mencari mayat bayi itu di beberapa kawasan lain namun sehingga kini masih belum ditemui, suspek (lelaki) mendakwa dia tidak ingat lokasi sebenar menanam mayat tersebut,” katanya.

Pada Jumaat, seorang wanita dilapor melahirkan bayi di rumah teman lelakinya di Kampung Pertama, Permatang Pauh di sini namun bayi yang dikatakan telah meninggal dunia itu dikatakan ditanam lelaki terbabit di kawasan tanah perkuburan di Bagan Dalam. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd