• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pecah Rumah: Polis Penampang Tumpas ‘GengWan’

oleh Cj Mnh
31/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPANG – Polis menumpaskan kumpulan pecah rumah ‘Geng Wan’ yang dipercayai terbabit dalam lima kes di kawasan perumahan Cybercity di sini setelah empat anggotanya diberkas di sekitar kawasan perumahan itu semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata kesemua suspek yang berusia lewat 20-an termasuk seorang pemandu Grab, diberkas antara 9.30 dan 10 malam.

Dua suspek pertama ditangkap di kawasan letak kereta pada 9.30 malam yang seterusnya membawa kepada tangkapan dua lagi suspek serta penemuan pelbagai barang curi termasuk sebuah kereta dengan nilai keseluruhan RM37,000, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata keempat-empat lelaki terbabit yang merupakan warga tempatan juga positif dadah.

“Mereka ini aktif melakukan kegiatan jenayah pecah rumah di kawasan perumahan Cybercity sejak awal bulan ini,” katanya.

Mengulas kes berasingan, beliau berkata polis menahan seorang lelaki Filipina berumur 29 tahun di depan sebuah hotel di sini selepas pemeriksaan terhadapnya menemukan satu peket plastik mengandungi hablur lut sinar seberat 50.50 gram disyaki dadah jenis syabu .

Mohd Haris berkata siasatan awal ke atas lelaki yang diberkas pada 1 tengah hari Isnin itu mendapati suspek aktif mengedar dadah di kawasan Penampang sejak setahun lalu.

Sementara itu, Mohd Haris berkata dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Penampang merekodkan 31 kes berkaitan dadah melibatkan 34 tangkapan dengan rampasan dadah lebih 12 kilogram bernilai kira-kira RM64,200.

Jumlah rampasan itu jauh lebih tinggi berbanding hanya sekitar 405 gram bagi tempoh sama tahun lalu, katanya.
–BERNAMA

Tags: pecah rumahTumpas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

16/06/2025
0

KAJANG – Polis sedang memburu sekumpulan lima lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di sini pada Sabtu lalu. Ketua...

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

03/12/2024
0

BATU PAHAT: Wanita etnik Rohingya yang baru habis berpantang dan memiliki 54 rekod jenayah termasuk kes pecah rumah didakwa bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd