Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

PRU14: Polis Kedah Terima...

ALOR SETAR - Polis Kedah menerima 91 laporan yang membabitkan dua tangkapan di...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US untuk hari kedua berturut-turut...

Pelan Induk Pacu Budaya...

PUTRAJAYA - Tujuh teras strategik digariskan dalam Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan...

Madrid Larang Lelaki Duduk...

MADRID - Ibu negara Sepanyol di sini mengambil langkah drastik melarang golongan lelaki...

Polis Marin Rampas Rokok Kretek RM1.4 Juta

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas 137,900 karton rokok kretek bernilai RM1.42 juta yang diseludup dari luar negara tanpa duti domestik dalam serbuan Ops Landai Khas di Persisiran Pantai Tanjung Kelisa, Bandar Penawar, Kota Tinggi, pagi semalam.

Komander PPM PDRM Bukit Aman, SAC Mohd Yusoff Mamat berkata serbuan hasil risikan itu dilakukan pada pukul 10.15 pagi hasil kerjasama Unit Risikan Marin (URM) PPM Wilayah Dua dan Task Force Markas Operasi PPM Tampoi.

Katanya, dalam serbuan itu, sebuah lori jenis HINO yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu serta dipandu seorang lelaki, telah ditahan.

Bagaimanapun, ketika hendak melakukan pemeriksaan lanjut, pemandu lori memecut kenderaan dipandunya untuk meloloskan diri hingga memaksa pasukan PPM mengejarnya kira-kira 25 minit sebelum berjaya mengesan kenderaan itu lagi.

“Apabila dapat dikesan, kenderaan dalam keadaan enjin masih hidup di tepi hutan kawasan berkenaan namun pemandunya telah meloloskan diri ke dalam hutan.

Kita telah mengarahkan pasukan serbuan untuk mengejar dan mengesannya tetapi gagal kerana kawasan hutan berbukit-bukau,” katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis Marin, Pengkalan Rinting, Tampoi hari ini.

Mohd Yusoff berkata pemeriksaan ke atas lori itu kemudiannya menemukan sebanyak 217 kotak berisi karton-karton rokok, yang diletakkan di belakang lori dan ditutupi kanvas.

Beliau berkata rokok-rokok itu yang terdiri dari tiga jenis iaitu LA Merah, LA Hijau, LA Bold dipercayai diseludup masuk dari negara Indonesia untuk pasaran tempatan.


Katanya, semua rampasan termasuk lori digunakan telah dibawa ke Markas PPM W2 Tampoi di sini untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut bagi memburu individu atau sindiket terlibat.

Selain itu, identiti pemandu lori berkenaan juga telah dikenal pasti berdasarkan cap ibu jari diperoleh dari kenderaan dan polis menjamin akan memberkasnya dalam masa terdekat.

“Kita tidak akan berkompromi dengan sindiket-sindiket ini kerana melibatkan kutipan hasil negara. Saya telah arahkan semua pegawai di peringkat wilayah ini untuk tingkatkan lagi maklumat dan tangkapan kerana kerja-kerja penyeludupan ini aktif di kawasan Johor Timur bermula dari Mersing ke Pengerang serta di zon Johor Barat iaitu dari Kukup ke Muar,” katanya.

Mohd Yusoff berkata bermula Januari hingga Julai lepas, sebanyak 11 kes penyeludupan rokok membabitkan 574,890 karton bernilai RM5.74 juta telah berjaya dirampas.

Selain itu, sebanyak 17 aset termasuk 12 kenderaan dengan nilai RM790,000 turut dirampas sepanjang tempoh itu.
BERNAMA

Kategori