Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Rosyam Nafi Jadi Barua...

TAMPIL... Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Rosyam Nor menegaskan beliau adalah pemilik bersama...

97.5 Peratus Guru Lengkap...

KUALA LUMPUR : Sebanyak 97.5 peratus guru sudah lengkap vaksinasi COVID-19, setakat 31...

International Compliance Association Buka...

KUALA LUMPUR - The International Compliance Association (ICA) membuka pejabatnya di Malaysia bagi...

Peningkatan Kes Denggi, Majlis...

KUALA LUMPUR - Kebimbangan semakin dirasai di Pantai Dalam salah sebuah 'kawasan panas...

Polis Marin Rampas Diesel, Kapal Tangki Bernilai RM5 Juta

Kuching: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak menahan sebuah kapal tangki di Sungai Sarawak dan merampas sebanyak 430,000 liter diesel pada Sabtu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Komander PPM Wilayah 5 Asisten Komisioner Ab Rahman Mat Hassan berkata, diesel itu dirampas dalam ‘Ops Taring Gelora Khas’ ketika bot peronda menjalankan pemeriksaan terhadap kapal itu pada 3.45 petang.

Menurutnya, kapten kapal tangki terbabit gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran yang sah untuk membawa diesel itu.

“Tiga daripada empat anak kapal iaitu warga asing pula didapati tidak memiliki pasport yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di kapal tangki itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ab Rahman berkata, kapten bersama anak kapal berusia antara 19 hingga 47 tahun itu kemudiannya ditahan dan kapal tangki serta diesel terbabit kemudiannya diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin dalam kenyataannya pula berkata, diesel yang dirampas PPM Wilayah 5 itu bernilai RM924,500.


Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan termasuk kapal tangki itu dianggarkan berjumlah RM5 juta.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terbabit dalam aktiviti atau rantaian pengedaran diesel termasuklah sumber diperolehi dan edaran mana-mana pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnyai, berdasarkan statistik penguatkuasaan seluruh Sarawak di bawah Ops Tiris pada tahun lalu bermula 1 Mac sehingga 31 Disember 2023, KPDN Sarawak merekodkan sebanyak 121 kes.

“Ia membabitkan kuantiti rampasan sebanyak 6,554,327 liter diesel dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM 6.9 juta,” katanya.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori