• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Johor Rampas Dadah RM1 Juta, Tahan 14 Individu

oleh Ahmad Albab
16/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah dengan penahanan 14 individu dan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM1 juta menerusi enam serbuan serta dua pemeriksaan di beberapa daerah di negeri ini, sejak Jumaat hingga Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kesemua sembilan lelaki dan empat wanita tempatan serta seorang lelaki warga Indonesia berumur antara 26 dan 39 tahun itu ditahan dalam serbuan bermula 8.30 malam, Jumaat lepas hingga 10.30 malam, Ahad lepas.

Beliau berkata kesemua serbuan dan pemeriksaan itu dilakukan di Jalan Teluk Buloh dan Jalan Melur dekat Batu Pahat; Taman Austin Perdana, Bandar Baru Uda, Iskandar Puteri dan Horizon Hills, di sini; Taman Renggam Jaya dekat Simpang Renggam serta Jeti Mersing dekat Mersing.

“Dua daripada mereka, iaitu seorang wanita berumur 34 tahun yang ditahan di Bandar Baru Uda dipercayai ketua sindiket berkenaan (queen pin) manakala seorang lelaki yang ditahan di Taman Renggam Jaya pula dipercayai ketua kongsi gelap Geng 36, di negeri ini.

“Wanita itu didapati pernah ditahan mengikut Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 manakala lelaki tersebut mempunyai beberapa rekod dadah dan jenayah berkaitan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) serta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohmad berkata seorang lelaki yang ditahan di Horizon Hills pula didapati mempunyai rekod dadah dan dikehendaki polis Indonesia kerana melarikan diri dari sebuah penjara di Bengkalis, Riau, Indonesia.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati, kesemua dadah yang dirampas membabitkan 16 kilogram disyaki syabu, enam kilogram disyaki heroin, 250 gram disyaki ketamin, 97 biji disyaki pil ekstasi, 12 biji disyaki pil yaba serta sebiji disyaki pil Eramin 5 yang kesemuanya dianggar bernilai RM1 juta.

Katanya polis turut menyita sembilan kereta membabitkan Jaguar XF, Toyota Vellfire, BMW, Ford Ranger, Mitsubishi Triton, Honda Accord, dua Perodua Myvi dan Proton Wira, sebuah motosikal Yamaha R1, wang tunai RM127,000, wang tunai Rupiah Indonesia 34.5 juta (RM9,418), pelbagai jam tangan serta barangan kemas yang kesemuanya dianggar bernilai RM2 juta.

“Kesemua individu yang ditahan itu adalah dibawah sindiket yang sama. Polis percaya dadah tersebut dipasarkan ke negara jiran dan pasaran negara ini serta mampu digunakan oleh kira-kira 85,000 orang penagih,” katanya.

Menurut Mohmad, kesemua mereka kini direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: kes dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd