• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Cari 7 Suspek Kes Bunuh Lelaki Di Miri

oleh Cj Mnh
19/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI — Polis telah mengklasifikasikan kes kematian seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun pada 25 Ogos 2018 di Permyjaya di sini sebagai kes bunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata, mangsa meninggal dunia di rumah di Bandar Baru Permyjaya berpunca daripada pendarahan dalaman akibat kecederaan di bahagian kepala setelah mangsa terlibat dalam satu pergaduhan.

“Insiden pergaduhan itu telah dirakam dalam Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan beberapa orang lelaki telah dikenal pasti terlibat dalam pergaduhan tersebut,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lim meminta kesemua suspek yang telah dirakam dalam CCTV tersebut untuk tampil memberi keterangan berkaitan dengan kes dan orang awam yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat (IO) ASP Dorairajah Vanaltham di talian 013-5603340.

Dalam kenyataan sama, Lim turut mengedarkan wajah suspek terlibat yang memaparkan tujuh lelaki serta sebuah kereta Perodua Myvi warna putih disyaki mempunyai kaitan dengan kes bunuh. – BERNAMA

Tags: kes bunuhpergaduhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd