Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Adakah Ini Ahli Bomba...

ADAKAH ini ahli bomba wanita yang paling `hot’ di dunia? Melihat kepada wajah...

Johor Sasar Capai Sifar...

JOHOR BAHRU - Sebanyak 2,932 keluarga dari lapan kampung terbabit program penempatan semula...

Bincang Tentang Radiohead Selepas...

KUALA LUMPUR – Berikutan janji yang pernah dibuat oleh Nurul Izzah Anwar untuk...

Al Barakah Ustaz Kazim...

IPOH - Pelik tapi benar... Pusat Pendidikan Al Barakah yang terletak di Manjoi...

Polis Australia Selamatkan Kangaru Lemas

DUA orang anggota polis Australia bertindak pantas dan berani menyelamatkan seekor kangaru yang kelemasan di sebuah pantai.

Sarjan Christopher Russo dan Kirby Tonkin menarik keluar haiwan yang sudah tidak sedar itu dari air dan melakukan rawatan kecemasan untuk memulihkannya.

Kangaru itu kini sedang beransur pulih selepas misi menyelamat yang dramatik itu di kawasan pantai Mornington Peninsula, di selatan Melbourne.

Sarjan Tonkin berkata beliau amat gembira dapat menyelamatkan kangaru itu.

Kejadian itu berlaku pada lewat petang Sabtu.

Penduduk tempatan Mia Grant ternampak kangaru itu melompat melintasi jalan ke arah Pantai Safety.


“Saya melihatnya berenang dan mula merakam video tetapi haiwan itu tiba-tiba terperangkap dalam arus, lalu kami menariknya ke atas dan menunggu pihak polis,” katanya kepada media Australia.

Haiwan yang keletihan itu bagaimanapun ketakutan dan melompat semula ke laut, tetapi kali ini dua pegawai polis pula cuba menyelamatkannya.

Menurut Sarjan Russo, haiwan itu kelihatan sedang lemas dan mulutnya berbuih.

“Saya menarik ekornya dan Kirby memangku kepalanya dan menariknya ke darat, keluarkan air dari paru-parunya supaya ia dapat bernafas. Kemudian kami terus tekan dadanya lalu ia mula bernafas lagi. Saya dapat rasakan degupan jantungnya.”

Kangaru itu dibawa ke balai polis berdekatan sebelum diambil oleh perkhidmatan hidupan liar.

Haiwan itu diberikan makanan rumput dan air minuman bagi membantunya pemulihannya, kata Michelle Thomas dari Animal Wildlife Shelter. – BBC

Kategori