• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Dijadual Ke Singapura Bincang Isu Perjanjian Air

oleh Cj Mnh
31/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual mengadakan lawatan ke Singapura pada 12 November ini yang antara lain bagi membincangkan isu perjanjian air dengan republik itu.

Timbalan Menteri Luar Senator Datuk Marzuki Yahya berkata kerajaan bertegas dengan pendirian untuk terus mengadakan perbincangan dengan kerajaan Singapura bagi mengkaji semula harga air yang dibekalkan kepada negara berkenaan.

“Kita akan terus beri komitmen, saya harap dengan kerjasama semua anggota Parlimen akan dapat beri kekuatan atas usaha kembalikan harga sepatutnya kepada kerajaan Malaysia,” katanya menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohd Shahar ingin tahu tentang titik noktah yang ditetapkan bagi perbincangan semula harga air yang dibekalkan kepada Singapura.

Mengulas lanjut, Marzuki berkata, berdasarkan peruntukan dalam Perjanjian Air 1961 dan 1962, harga air mentah yang dibekalkan oleh Malaysia pada kadar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen itu boleh dikaji semula selepas 25 tahun.

Justeru, katanya Malaysia sudah berhak mengkaji semula isu itu sejak 1986 dan 1987 seperti mana yang diperuntukkan oleh perjanjian dan perkara tersebut tidak boleh dipertikaikan.

Menurutnya antara langkah-langkah awal diambil Malaysia ialah menyatakan secara jelas pendirian negara berhubung hak untuk semak semula harga air mentah semasa pertemuan dua hala dengan Singapura.

“Saya juga ingin tekankan bahawa kerajaaan sentiasa komited menyuarakan hak untuk kaji semula harga air dan sedang laksanakan penyelarasan lanjut dengan pihak-pihak berkenaan khususnya kerajaan Johor agar isu ini dapat diselesaikan tanpa jejaskan kepentingan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: perjanjianSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Krisis Politik Negeri Sembilan: Pemimpin PKR Harap BN Hormati Perjanjian Perpaduan

Krisis Politik Negeri Sembilan: Pemimpin PKR Harap BN Hormati Perjanjian Perpaduan

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan menghormati perjanjian pembentukan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd