• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKNS Tawar 72 Unit Kediaman Di Bernam Jaya

oleh Cj Mnh
30/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menawarkan 72 unit kediaman ekslusif ‘Dillenia’ di Bernam Jaya dekat sini yang dijangka siap pada hujung tahun depan.

Projek berkeluasan 3.5 hektar itu ditawarkan dalam dua varian, terdiri daripada 28 unit rumah kluster cantuman empat berkeluasan 171.2 meter persegi (1,848 kaki persegi) manakala 44 unit lagi adalah rumah berkembar dua tingkat berkeluasan 176.5 meter persegi (1,900 kaki persegi) masing-masing berharga bermula RM532,500 dan RM552,000.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Ishak Hashim dalam satu kenyataan hari ini berkata kediaman tersebut direka dengan konsep seni bina moden dilengkapi persekitaran hijau mendamaikan dan jauh daripada kesibukan kota.

“Dilengkapi dengan tiga campur satu bilik tidur serta tiga bilik air, ruang dalaman yang luas dan dengan dua bukaan sebelah hadapan, ia memberikan pengaliran udara semulajadi yang maksimum.

“Lokasi Bernam Jaya dipilih memandangkan ianya terletak di laluan strategik dengan jaringan akses jalanraya yang kondusif antaranya Lebuhraya Utara Selatan yang jaraknya hanya sekitar satu kilometer (km), Jalan Persekutuan Kuala Lumpur – Ipoh (5 km) dan Stesen KTM Tanjung Malim (7 km), semestinya memudahkan pemilik kediaman membuat perjalanan ke destinasi yang diinginkan,” katanya.

Beliau berkata Skim Pemilikan Pintar PKNS menawarkan rebat 10 peratus bagi pembelian rumah pertama manakala 12 peratus rebat bagi pemilikan hartanah kedua.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.pkns-property.com atau di talian 016 – 251 0113 / 011 -1429 3079 / 013 – 939 0310 / 013 – 342 1098 / 017 – 380 9037 / 019 – 303 4342 / 013 – 323 2158. – BERNAMA

Tags: kediamanPKNS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Cubaan Serbu Rumah Presiden Sri Lanka

30/05/2022
0

COLOMBO: Penunjuk perasaan yang kali ini terdiri daripada golongan pelajar cuba sekali lagi menyerbu kediaman Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa,...

Jenazah Kakitangan PKNS Azalan Dikebumi Di Shah Alam

20/10/2019
0

SHAH ALAM - Jenazah kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azalan Miswan yang maut dalam satu kemalangan di Turki pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd