• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Kakitangan PKNS Azalan Dikebumi Di Shah Alam

oleh
20/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jenazah kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azalan Miswan yang maut dalam satu kemalangan di Turki pada Rabu lepas, selamat dikebumikan pada pukul 9.40 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini.

Terdahulu, jenazah yang tiba dari Turki kira-kira pukul 5.15 petang disembahyangkan di Surau An-Nuur Seksyen 20, Shah Alam selepas solat Isyak.

Turut menziarahi keluarga jenazah adalah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Mohd Azizi Mohd Zain dan Ketua Pegawai Operasi PKNS, Norita Mohd Sidek.

Pada Rabu lepas, Azalan antara 35 kakitangan PKNS yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Afyonkarahisar, Turki ketika menyertai rombongan tahunan perbadanan itu ke negara berkenaan.

Azalan maut di tempat kejadian manakala empat lagi cedera parah dan mendapatkan rawatan di hospital Afyonkarahisar.

Azalan merupakan Pembantu Kanan Tadbir PKNS dan telah berkhidmat selama 28 tahun dengan perbadanan itu. Beliau meninggalkan seorang isteri, Siti Faredah Ahmad, 53, dan tiga anak iaitu Muhammad Aiman, 26, Nurafiqah, 24 dan Ariff Danial, 15.

Siti Faredah ketika ditemui pemberita selepas selesai majlis pengkebumian itu menzahirkan penghargaan kepada Wisma Putra kerana banyak membantu memudahkan pengurusan jenazah suaminya semasa di Turki.

“Mereka (Wisma Putra) banyak membantu daripada mula kami tiba di hospital di Turki sehingga membawa pulang jenazah ke Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata kerajaan Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Turki kerana membantu mengurus dan membawa pulang jenazah Azalan.

Saifuddin berkata proses membawa pulang jenazah Azalan dari Turki ke tanah air mengikut perancangan tanpa sebarang masalah.

“Urusan bawa pulang jenazah sangat mudah dan kerajaan Turki telah memberikan kerjasama yang baik…terima kasih kepada kerajaan Turki.

“Terima kasih juga kepada pihak PKNS yang menunjukkan komitmen mereka dalam menguruskan jenazah sehingga selamat pulang ke tanah air petang ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata pihaknya akan berusaha membawa pulang 26 lagi kakitangannya esok.

“Kita jangka akan bawa 26 lagi kakitangan kita untuk pulang ke tanah air Isnin ini, manakala enam lagi yang mengalami kecederaan akan terus mendapatkan rawatan di hospital di Afyonkarahisar, kita akan bantu mereka sepanjang rawatan ini dan selepas mereka sihat dan baik, kita akan bawa mereka pulang,” katanya.

Tags: azalan miswankemalangan mautPKNSTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

05/07/2025
0

TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd