• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PGA Tahan Tiga Lelaki, Rampas Sepucuk Pistol, Syabu

oleh
21/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pasukan Gerakan Am Batalion 7 (PGA7) menahan tiga lelaki dan merampas sepucuk pistol jenis Revolver 0.22 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bagus, Rantau Panjang Khamis lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata dalam serbuan pukul 11.15 malam itu, selain menahan tiga suspek berusia antara 33 dan 41 tahun itu, sejumlah dadah disyaki syabu turut dijumpai dalam rumah itu.

“Pemeriksaan dalam bilik utama rumah itu polis berjaya menemui sepucuk pistol bersama dua butir peluru hidup yang disembunyikan di bawah sebuah meja,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata dua daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah manakala seorang lagi tiada rekod dan mereka direman selama lima hari sehingga Selasa ini untuk siasatan.

Katanya sejak Januari lepas hingga semalam, sebanyak 22 senjata api berjaya dirampas polis Kelantan berbanding hanya 18 senjata api sepanjang tahun lepas.

Hasanuddin berkata polis menjangkakan akan ada lagi rampasan senjata api di negeri ini kerana kebiasaannya senjata api ini adalah pakej dalam kegiatan pengedaran dadah.

“Siasatan dalam beberapa kes sebelum ini mendapati kebanyakan pengedar dadah memiliki senjata api,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anggota PGA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Nak Jumpa Dia Hidup-hidup

Tiga Anggota PGA Nafi Curi RM85,000 Semasa Gempur ‘Mini Dhaka’

29/12/2023
0

Kuala Lumpur: Tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencuri wang...

Anggota PGA Maut Dipercayai Ditembak

18/03/2022
0

Miri : Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat Koperal ditemukan maut dengan kesan tembakan pada rusuk kiri di dalam kenderaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd