KUALA LUMPUR – Pesona keindahan Chiba, Jepun, kini boleh dinikmati di Facebook, antara usaha kerajaan wilayah itu mempromosikan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.
Menurut Kerajaan Wilayah Chiba dalam satu kenyataan, lebih 100 anggota pasukan promosi akan memaparkan pelbagai topik tentang daya tarikan Chiba yang dapat membantu bakal pengunjung mengetahui pelbagai tarikan yang belum diketahui.
Pasukan promosi itu juga mempelawa orang ramai untuk turut serta menyebarkan maklumat mengenai tarikan di Chiba, termasuk makanannya yang lazat, pemandangan indah dan keramahan penduduk wilayah itu.



Mereka yang cemerlang dalam menyebarkan maklumat mengenai tarikan di Chiba, yang diukur berdasarkan maklum balas yang diterima, akan diberi ganjaran.
Bagi yang berminat boleh melayari laman Facebook di https://www.facebook.com/introchiba/ dan borang permohonan untuk menyertainya di https://www.pref.chiba.lg.jp/kouhou/miryoku/hasshintai/official.html – BERNAMA