Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Ciplak Lagu, Pharrell &...

ROBIN Thicke dan Pharrell Williams diarahkan membayar lebih RM28 juta selepas didapati bersalah...

Syarat Wajib Lulus BI...

KUALA LUMPUR - Minimum lima tahun merupakan tempoh yang sesuai untuk pelajar memperbaiki...

Bawa Pisau Dan Tukul,...

SEORANG pelajar lelaki berusia 10 tahun dari Manchester, United Kingdom (UK) dibuang sekolah...

Malu Punya Pasal.. Wanita...

KEJAM dan melampau.. seorang wanita berusia 23 tahun tergamak menyumbat bayi perempuan yang...

Ecah Azam Beraksi Sukan Paralimpik Tokyo 2020

KUALA LUMPUR – Pelajar perempuan yang pernah melalui episod hitam kehilangan kedua-dua belah kaki akibat digilis lori dalam kemalangan di Sungai Besar, Sabak Bernam dua tahun lalu berazam untuk beraksi pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Atas dorongan kedua ibu bapa serta latihan intensif daripada jurulatih Muhammad Nor Arif Abdullah, Siti Nuraisyah Sahrin, 15, kini bergelar atlet Paralimpik dalam sukan angkat berat.

“Pada mulanya saya agak malu dan takut untuk pergi ke pusat latihan, namun selepas dipujuk ibu bapa, saya beranikan diri. Saya risau tidak ada kawan yang akan berlatih bersama tetapi sebaik sampai di sana, saya lihat ramai rakan senasib membuatkan saya terus bersemangat untuk berlatih.

“Pada masa ini, saya akan berusaha melayakkan diri ke sirkit kedua, Sukan Malaysia 2018, seterusnya ke Sukan ASEAN,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam rancangan temu bual Nine11 terbitan Bernama News Channel hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap itu menjalani latihan kira-kira dua jam sehari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bersama jurulatihnya di rumah keluarganya di Sungai Besar.

Dalam pada itu, Siti Nuraisyah atau dikenali dengan panggilan mesra Ecah berkata beliau masih memerlukan pelbagai peralatan dan dana untuk melatih diri dalam bidang sukan angkat berat, sekali gus melayakkan diri ke temasya sukan Paralimpik.

Sejak Disember 2016, beliau telah berjaya meraih tiga pingat perak dan satu gangsa dalam Kejohanan Powerlifting Sirkit Akhir Kebangsaan 2017, 2017 dan suku pertama 2018.


Menceritakan penglibatan awal Siti Nuraisyah bidang sukan itu, bapa tirinya Roslan Sardi, 42, berkata ia bermula sejak Oktober 2016 apabila Muhammad Nor Arif datang sendiri ke rumahnya bagi memperkenalkan sukan angkat berat kepada anaknya itu.

“Pada mulanya memang dia tidak mahu dan kami terpaksa memujuk dan menaikkan semangat dia. Tempat latihan pertama Ecah adalah di Pusat Tinju Sungai Besar sebelum berpindah ke rumah saya, namun kelengkapan latihan di rumah tidak mencukupi menyebabkan latihan Ecah agak terbatas,” katanya.

Roslan berkata beliau sentiasa mengajar anak keempat daripada tujuh beradik itu agar berdikari menguruskan diri sekiranya perlu berjauhan dengan keluarga ketika latihan atau pertandingan.

“Sebagai ibu bapa kita tidak boleh ada mentaliti malu untuk bawa anak OKU kita keluar. Kita perlu ajar mereka untuk berdikari dan berhadapan dengan masyarakat. Beri mereka semangat kerana mereka juga boleh berjaya,” katanya. – BERNAMA

Kategori