• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perwakilan MCA Akan Putus Kekal Atau Keluar BN

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perwakilan MCA yang akan memutuskan sama ada parti itu terus kekal atau meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Wee yang akan bertanding bagi jawatan nombor satu parti pada pemilihan parti 4 November ini, berkata sekiranya dipilih sebagai presiden parti nanti adalah tidak wajar untuk beliau membuat keputusan penting itu dan akan menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan itu pada perhimpunan agung parti 2 Disember.

“Saya ingin katakan dengan jelas, sekiranya saya dipilih sebagai presiden parti nanti, saya akan tetapkan tempoh masa sehingga 2 Disember dan menyerahkan kepada perwakilan pusat untuk buat keputusan, pendirian saya adalah jelas.

“Saya berpendapat, apa juga keputusan dibuat oleh parti nanti, kami akan akur,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas ikrar dibuat oleh seorang lagi calon presiden MCA, Gan Ping Sieu yang mahu membawa MCA keluar daripada BN sekiranya beliau dipilih sebagai presiden dalam pemilihan parti nanti.

Pada Isnin, Gan dilaporkan berkata beliau percaya MCA akan berperanan lebih baik sebagai sebuah parti bebas kerana BN telah terpesong daripada prinsip asal penubuhan gabungan itu.

Parti kaum Cina itu tersungkur dalam pilihan raya umum 9 Mei lepas dengan hanya Wee satu-satunya Anggota Parlimen yang selamat. – BERNAMA

Tags: Wee Ka Siong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman BN/PN Mengangkat Agenda Rakyat Berbilang Kaum – Wee Ka Siong

Persefahaman BN/PN Mengangkat Agenda Rakyat Berbilang Kaum – Wee Ka Siong

13/11/2026
0

MELAKA - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyifatkan perhimpunan ribuan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional...

Tarif Elektrik Naik, Kuota Subsidi Petrol Berubah, Beban Cukai Semakin Meningkat – Wee Ka Siong

Tarif Elektrik Naik, Kuota Subsidi Petrol Berubah, Beban Cukai Semakin Meningkat – Wee Ka Siong

10/11/2026
0

MELAKA - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong membangkitkan beberapa isu yang memberi kesan kepada rakyat termasuk pengurangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd