• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Cadang Permudah Urusan Poligami

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri Perak bercadang meminda Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 bagi memudahkan individu melakukan urusan untuk berpoligami.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Asmuni Awi berkata di bawah peruntukan sedia ada, mahkamah terikat untuk membuat sebarang keputusan selagi isteri pertama tidak hadir ke mahkamah memberikan penjelasan.

“Ada sesetengah isteri setuju benarkan suami berpoligami, tetapi keberatan ke mahkamah.

“Jadi sekiranya keadaan itu (seksyen) dipermudahkan seperti menukar perkataan “hendaklah” menjadi “bolehlah” maka mahkamah boleh guna budi bicara sama ada hendak panggil isteri pertama itu datang atau tidak untuk memudahkan proses poligami berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan laman sesawang mencari jodoh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Modul Pemahaman Poligami Negeri Perak di sini hari ini.

Seksyen 23 antaranya menyatakan apabila menerima permohonan poligami, mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, jika ada, dan mana-mana orang lain yang difikirkan boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan supaya hadir apabila permohonan didengar dalam mahkamah tertutup dan mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon jika berpuas hati.

Mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa semalam bahawa kerajaan sedang berusaha menyeragam dan menyelaras undang-undang Syariah di seluruh negara, Asmuni berkata: “Saya tengok tak banyak beza, ada sedikit perbezaan pindaan”.

Semalam, Mujahid berkata antara usaha yang sedang dilakukan adalah mengkaji keperluan meminda beberapa undang-undang Syariah yang sedang diguna pakai di negeri-negeri bagi memastikan peruntukan undang-undang sedia ada relevan dengan suasana semasa tanpa mengetepikan hukum syarak dan prinsip-prinsip keadilan. – BERNAMA

Tags: poligamiurusan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Urusan Perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS Masih Belum Dimuktamadkan – KDN

Urusan Perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS Masih Belum Dimuktamadkan – KDN

28/10/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan urusan perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri...

Individu Menyamar Pengawal Peribadi Raja Muda Selangor, Perdaya Urusan Jual Tanah Kereta Mewah

Individu Menyamar Pengawal Peribadi Raja Muda Selangor, Perdaya Urusan Jual Tanah Kereta Mewah

19/10/2026
0

SHAH ALAM – Pentadbiran Istana Selangor mengambil maklum dan menerima laporan polis berhubung individu yang didakwa menyamar sebagai Pengawal Peribadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd