• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Didenda RM2K Cederakan Pekerja Stesen Minyak

oleh Ahmad Albab
22/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Akibat gagal mengawal panas baran, seorang peniaga didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang pekerja stesen minyak, awal bulan ini.

Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Nuralif Shaufik Ahmad Fauzi, 25, turut memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan jika dia gagal membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Nuralif Shaufik didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Ridwan Abdullah, 24, di Stesen Minyak Petronas di Sungkai dekat sini, pada pukul 12.45 tengah hari pada 6 Okt lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh menerusi peguamnya S. Kavitha merayu hukuman denda paling minimum atas alasan dia merupakan anak tunggal, menanggung ibu bapanya yang sudah tidak bekerja serta sudah insaf dengan perbuatannya itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farahiyah Nadzri memohon hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan sama. – BERNAMA

Tags: pekerjapeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd