• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha Di Esszone Diminta Tingkat Aspek Keselamatan

oleh Cj Mnh
15/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Para pengusaha pusat peranginan, ikan dalam sangkar dan pemilik bot nelayan di Zon Selamat Timur Sabah diminta meningkatkan aspek keselamatan, termasuk dengan memasang Litar Video Tertutup (CCTV) berdefinasi tinggi (HD) dan Sistem Pengenalan Automatik (AIS).

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata ini bagi membantu proses mengecam pelaku jenayah jika berlaku insiden tidak diingini.

Katanya bagi pemasangan CCTV HD di pusat peranginan dan projek ikan dalam sangkar, ia penting dalam mengenal pasti pelaku berbanding CCTV biasa, kerana ia mampu menunjukkan muka sesiapa sahaja walaupun dalam keadaan hanya ada sedikit sahaja cahaya di kawasan itu.

“Bagi bot nelayan, pemasangan AIS perlu kerana ia penting dalam menentusahkan keberadaan mereka samada di perairan negara atau sebaliknya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan sesi dialog bersama Pengusaha Pelancongan, Pemilik Bot Nelayan dan Sangkar Ikan di sini, hari ini,

Sesi itu melibatkan pengusaha dari daerah ini, Beluran serta Kinabatangan, dan turut hadir ialaj Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik, Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt. A. Sahak Rahmat dan Ketua Polis Daerah Beluran Supt Shivanathan Velautham.

Ditanya mengenai perkembangan terbaharu kejadian dua nelayan warga Indonesia diculik oleh dua lelaki bersenjata ketika menangkap ikan di Pulau Bodgaya, Semporna, pada 11 Sept lepas, Omar mengesahkan dua panggilan sudah dibuat oleh pihak suspek kepada isteri mangsa di Sulawesi Indonesia pada 18 Sept lepas meminta wang tebusan RM4 juta.

Menurutnya panggilan kedua dibuat pada 28 Sept kepada majikan di Tawau bagi mendesak bayaran itu. – BERNAMA

Tags: aspek keselamatanEsszone
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

16/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia diseru memberi peranan dan ruang kepada syarikat keselamatan swasta tempatan untuk menguatkan dan memperkasakan ciri-ciri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd