• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi Leicester City Dipercayai Berada Di Dalam Helikopter Yang Terhempas

oleh
29/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Vichai Srivaddhanaprabha, warga Thailand pemilik kelab bola sepak Leicester City (LCFC), terkorban dalam nahas helikopter di luar Stadium King Power, Leicester, England, pada Sabtu, menurut kenyataan kelab itu.

“Dengan penuh dukacita dan kesedihan yang mendalam, kami mengesahkan bahawa pengerusi kami, Vichai Srivaddhanaprahba adalah antara mereka yang terkorban pada Sabtu setelah helikopter yang dinaiki beliau bersama empat yang lain terhempas di luar Stadium King Power. Kelima-lima mereka terkorban dalam insiden itu,” jelas LCFC.

Lima orang, termasuk Vichai, berada di dalam pesawat berkenaan sebelum ia terhempas di sebuah kawasan letak kereta berhampiran stadium itu sejurus selepas 8.30 malam dan terus terbakar.

Polis Leicestershire, menerusi akaun Twitter pada Isnin berkata, mangsa yang dipercayai berada di dalam helikopter itu ialah Vichai, dua orang kakitangannya iaitu Nusara Suknamai dan Kaveporn Punpare, juruterbang Eric Swaffer serta seorang penumpang, Izabela Roza Lechowicz.

Mengenai Vichai, kenyataan itu menyebut bahawa dunia kehilangan seorang tokoh yang hebat, baik hati dan pemurah.

“Leicester adalah sebuah keluarga di bawah kepimpinan beliau. Sebagai sebuah keluarga, kami meratapi pemergian beliau dan akan terus berusaha mencapai wawasan bagi kelab ini yang kini menjadi legasi beliau,” jelas kenyatan itu.

Vichai, 60, membeli kelab bola sepak itu pada 2010 dan berjaya menggilap kejayaannya. Daripada sebuah kelab kecil di bawah pengurus ketika itu, Claudio Ranieri, mereka mengatasi segala rintangan untuk muncul sebagai juara Liga Premier dua tahun lepas, yang disifatkan oleh sebahagian besar pakar dalam sukan bola sepak sebagai ‘dongeng bola sepak’.

Kelab itu turut mara ke suku akhir Liga Juara-juara namun disingkirkan oleh gergasi bola sepak Sepanyol, Atletico Madrid.

Hartawan Thai itu disenaraikan sebagai orang kelima paling kaya di negara berkenaan oleh Forbes pada 2018 dengan harta bernilai US$4.9 bilion, dan merupakan tokoh utama di sebalik King Power International, pusat beli-belah bebas cukai terbesar di Thailand.

Diasaskan pada 1989, syarikat itu mengendalikan kedai bebas cukai di lapangan terbang di Thailand dan pusat beli-belah di Bangkok, Phuket serta Pattaya.

Selain kedai bebas cukai, syarikat beliau turut memiliki 39 peratus ekuiti dalam syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Thailand, bernilai US$225 juta.

Dalam urusan perniagaan terkininya, Vichai, yang berkahwin dengan Aimon, dan mempunyai empat orang anak, Voramas, Apichet, Arunroong dan Aiyawatt, membeli menara pelbagai kegunaan tertinggi di Thailand, Mahanakorn, bernilai 14 bilion Baht (RM1.84 bilion).

Keluarga itu dikuniakan nama keluarga Srivaddhanaprabha, yang bermaksud ‘cahaya progresif gemilang’ oleh mendiang Raja Bhumibol Adulyadej pada 2012.- BERNAMA

Tags: nahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd