Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Boleh Keluar RM1,500 Dari...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membenarkan pengeluaran prapersaraaan dari Akaun B Skim Persaraan Swasta...

Piala Asia: Malaysia Tumpas...

BURIRAM – Kempen Malaysia dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 seakan sudah hampir...

Remaja Perempuan Maut Dalam...

KOTA KINABALU - Seorang remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di...

NASA Dedah Gambar Bongkah...

ANTARTIKA – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan rakaman beberapa keping...

Pemuda Didakwa Edar 54kg Ganja

KANGAR – Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dianggarkan seberat 54 kilogram baru-baru ini.

Tertuduh Mohamad Zulfazlee Ruslan, 26, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 semasa ditahan oleh Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) ketika memandu kereta jenis Audi di sekatan jalan raya Kilometer 9.9 Jalan Wang Kelian-Kaki Bukit pada pukul 11.30 pagi 26 Sept lepas.

Pasukan AKSEM yang membuat pemeriksaan menemui ganja tersebut tersorok dalam bahagian tempat duduk belakang kereta yang dipandu pemuda itu manakala ujian air kencing yang dibuat mendapati tertuduh positif dadah syabu.

Zulffazlee dari Kampung Kuala Jerlun, Air Hitam, Kedah, tidak membuat sebarang pengakuan setelah pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan pemuda itu boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan disebat dengan rotan tidak kurang 15 kali jika sabit kesalahan.


Majistret Norhayati Ibrahim menetapkan kes itu disebut pada 3 Jan depan berikutan laporan kimia barang kes belum diperoleh. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ganja

Kategori