Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

MIB Capai Objektif Jika...

BUKIT GANTANG - Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) yang dilancar April lalu...

Ibu Bapa Perlu Kuasai...

TAWAU - Perubahan teknologi digital yang semakin pesat menuntut kepekaan golongan ibu bapa...

Sultan Johor Mahu Kualiti...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu kualiti air...

Sultan Johor Batal 2...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor membatalkan penganjuran dua acara sempena Hari Keputeraan Baginda...

Pelajar Keracunan Gara-Gara ‘Scrambled Eggs’ Di Gopeng

IPOH – Menu telur hancur (scrambled eggs) dikenal pasti sebagai punca awal kes keracunan makanan membabitkan pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng dekat sini, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A.Sivanesan berkata seramai 395 pelajar menikmati menu itu bersama roti kira-kira pukul 10.30 malam pada Jumaat.

Bagaimanapun, Sivanesan berkata daripada jumlah yang menikmati sajian itu, hanya 53 orang terdiri daripada 35 lelaki dan 18 perempuan mengalami simptom keracunan.

“Gelaja keracunan (onset) terawal dikesan pada pukul 2 pagi hari Sabtu, manakala onset terakhir adalah 3 pagi, semalam (Ahad).

“Gejala utama adalah pening, loya, muntah, sakit perut, cirit birit, demam dan kekejangan otot,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Sivanesan, semua 53 pelajar terbabit telah diberi rawatan pesakit luar dan keadaan mereka adalah stabil.

Katanya kes keracunan di sekolah tersebut adalah yang kedua tahun ini melibatkan kontraktor dan pengendali dapur yang sama.


Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kampar telah menyita dapur berkenaan semalam dan laporan polis mengenai sitaan tersebut telah dibuat kira-kira pukul 11.20 pagi di Balai Polis Gopeng pada hari yang sama, katanya.

“Penutupan dapur dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Lima sampel najis pelajar yang mengalami simptom keracunan telah diambil untuk ujian dan keputusan belum diperoleh,” katanya. – BERNAMA

Kategori