• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Sub Kontrak TNB Melecur Teruk Meninggal Dunia

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pekerja sub kontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang cedera dan melecur selepas kotak fius di pencawang TNB yang sedang diperiksa terbakar sebelum meletup di Pangsapuri Kejora, Bayan Lepas dekat sini pada 21 September lepas, meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A. A Anbalagan berkata Mohd Zulfaiz Abd Wahab, 27, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) meninggal dunia pada 3.17 petang tadi.

“Mangsa menerima rawatan di ICU HPP sejak 21 September lepas dan keadaannya kritikal kerana mengalami kecederaan dan melecur di semua bahagian badan akibat kejadian itu,” katanya di sini, malam ini.

Beliau berkata laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan terbakar dan melecur sehingga menyebabkan kerosakan yang teruk pada organ dalaman.

Katanya siasatan juga mendapati kejadian itu tiada unsur jenayah.

Mayat Mohd Zulfaiz dituntut anggota keluarganya sebelum dibawa balik ke kampung halamannya di Kampung Kubang Palas, Kuala Nerang di Kedah, untuk dikebumikan.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, pihak pengurusan pangsapuri berkenaan terdengar bunyi letupan di pencawang TNB kediaman tersebut sebelum memeriksa dan mendapati seorang lelaki dalam keadaan badan berasap sedang menanggalkan helmet serta pakaian kerana terbakar.

Terdapat sedikit kesan api di bahagian kotak fius dan pihak pengurusan memberi bantuan awal dengan memadamkan api sebelum menghubungi pihak bomba.

Semasa kejadian, lelaki itu sedang membuat pemeriksaan berkaitan kekuatan pengagihan bekalan tenaga TNB di kawasan sekitar Bayan Lepas. – BERNAMA

Tags: TNBTRAGEDI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd