• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Mencari Temui Beberapa Mayat

oleh Ahmad Albab
30/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia menemui beberapa lagi mayat di lokasi pesawat Lion Air yang terhempas ke dalam laut dan mengorbankan semua 189 penumpang serta anak kapal.

Ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Muhammad Syaugi berkata, puluhan penyelam terbabit dalam usaha menyelamat. Pasukan penyelamat sudah mengisi 10 beg dengan anggota badan manusia yang akan dibawa ke Jakarta untuk dikenal pasti identiti mayat.

Katanya, sebanyak 14 lagi beg diisi dengan serpihan pesawat yang dikumpulkan dan usaha mencari bangkai pesawat di dasar laut masih diteruskan hari ini.

“Kami berharap dapat menjumpai rangka utama kerana serpihan pesawat yang terapung di air sudah dikutip,” kata Syaugi.

Bagaimanapun, agensi itu menolak kemungkinan untuk mencari mangsa yang selamat semalam, selepas menjumpai bahagian badan manusia selepas pesawat itu dipercayai terjunam sedalam 30 hingga 40 meter ke dalam Laut Jawa.

“Keutamaan kami ketika ini adalah untuk mencari rangka utama pesawat dengan bantuan kapal perang yang dilengkapi peralatan sonar untuk mengesan logam bawah air,” kata jurucakap agensi pencarian dan penyelamat Indonesia, Yusuf Latif.

Setakat ini agensi mencari masih belum menjumpai perakam suara dan data.

Pesawat malang itu dalam penerbangan dari Jakarta menuju ke Pangkal Pinang sebelum ia terputus hubungan, kira-kira jam 6.30 pagi. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Mayatnahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

‘Mayat Mungkin Hanyut Ke Laut Jika Tak Tersekat Di Perangkap Sampah’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Mayat Mungkin Hanyut Ke Laut Jika Tak Tersekat Di Perangkap Sampah’ – Ketua Polis Dang Wangi

21/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang, di sini, Isnin lalu ditemukan tersangkut pada perangkap sampah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd