• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Bantuan Mapim Tiba Di Makasar

oleh
03/10/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKASAR – Kumpulan Misi Bantuan Kemanusian Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) tiba di sini, hari ini, kira-kira 877 km dari Kota Palu yang dilanda gempa bermagnitud 7.7 skala Richter dan tsunami pada Jumaat lepas.

Mapim yang juga pasukan bantuan Malaysia pertama tiba di wilayah itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Lion Air pada 1 tengah hari (waktu Malaysia), Selasa menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sukarno-Hatta di Jakarta, sebelum menaiki penerbangan domestik ke Makassar.

Selepas perjalanan udara lebih lima jam, kumpulan itu tiba di Lapangan Terbang Internasional Sultan Hasanuddin pada pukul 9.30 malam waktu tempatan sebelum dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dijangka mengambil masa 18 jam perjalanan darat untuk ke Kota Palu.

Misi enam hari itu turut disertai pengamal media dari beberapa agensi berita antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan TV Al-Hijrah.

Setakat petang ini, berdasarkan data Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, jumlah mangsa yang disahkan terkorban ialah 1,234 orang.

Korban gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah dikhuatiri mencecah ribuan mangsa. Lebih 30,000 penduduk terkesan teruk akibat gempa dan tsunami Jumaat lepas dan dilaporkan mereka bermalam di jalanan serta berterusan trauma berikutan lebih 250 gempa susulan masih berlaku di Sulawesi Tengah. – BERNAMA

Tags: Mapim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Lelaki Maut Dibunuh Abang Teman Wanita, Polis Tahan 5 Lagi

Resolusi UNSC Mengenai Gaza Gagal Tangani Isu Penting – Mapim

25/12/2023
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) pada Isnin menzahirkan kekesalan bahawa Israel meningkatkan serangan ke atas Gaza...

Pengusaha Gerai, Restoran Naikkan Harga Hingga 40% – MAPIM

Pengusaha Gerai, Restoran Naikkan Harga Hingga 40% – MAPIM

24/01/2023
0

Kuala Lumpur : Kadar harga makanan dan minuman yang dijual di gerai dan restoran terpaksa dinaikkan sehingga 10 hingga 40...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd