• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Curi Air

oleh Ahmad Albab
30/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sepasang suami isteri yang juga pemilik sebuah bengkel didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat sambungan haram dengan niat untuk mencuri air sejak Mac hingga Mei 2016.

Tertuduh M. Raja Gopal, 53, dan isterinya R. Sumathi, 53, yang merupakan rakan kongsi sebuah bengkel di Bandar Indera Mahkota, di sini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut fakta kes, kedua-dua orang kena saman ini didapati melakukan sambungan bekalan air di satu tetiang meter sebuah premis kosong yang akaun bekalan airnya telah ditutup, tanpa melalui meter yang sah untuk kegunaan premisnya.

Premis berkenaan didapati menjalankan kegiatan kerja-kerja pembaikan jentera berat dan tempat tinggal pekerja bengkel itu.

Perbuatan itu dikesan semasa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Awam melakukan serbuan dan pemeriksaan di sebuah tapak tanah kosong di Bandar Indera Mahkota pada 30 Mei 2016, susulan aduan Pengurusan Air Pahang (PAIP).

Perbuatan itu didapati telah dilakukan sejak 1 Mac 2016 hingga 30 Mei 2016 iaitu selama 91 hari yang menyebab PAIP selaku pemegang lesen mengalami kerugian berjumlah RM5,015.44.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPAN Mohd Helmy Razelan, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

Siti Aminah kemudian menetapkan 5 Dis sebagai tarikh sebutan semula kes. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: curi airpasangan suami isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Suami Isteri Tak Mengaku Dera, Aniaya Dua Anak Saudara Hingga Cedera

Pasangan Suami Isteri Tak Mengaku Dera, Aniaya Dua Anak Saudara Hingga Cedera

23/09/2022
0

AMPANG : Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas tuduhan menganiaya hingga menyebabkan kecederaan fizikal dua beradik yang juga anak...

SPAN Serbu Premis Curi Air

SPAN Serbu Premis Curi Air

06/08/2022
0

Seremban : Tiga premis di sini, dan Port Dickson, diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas didakwa mencuri air melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd