• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enjin Alami Masalah, Paraglider Maut Terjatuh Sungai

oleh
13/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang paraglider maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Muda apabila enjin paraglidingnya mengalami masalah ketika aktiviti tersebut di Dataran Dato Ali Yahaya di Kuala Muda, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata lelaki berumur 30 tahun itu yang merupakan anggota persatuan paraglider berdaftar dan berkelayakan, datang menjalankan aktiviti bersama seorang lagi rakannya pada pukul 8 pagi.

“Bagaimanapun lebih kurang lima minit selepas terbang, enjin paraglider mangsa mengalami masalah hingga menyebabkan mangsa jatuh ke dalam sungai.

“Orang kampung yang ternampak cuba membantu mangsa dan mangsa telah dijumpai lebih kurang satu kilometer dari tempat dia terjatuh selepas dibawa arus sungai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Adzli berkata siasatan awal mendapati mangsa mendapat kebenaran daripada Jabatan Penerbangan Awam untuk melakukan penerbangan. Enjin paragliding tersebut akan dihantar ke agensi berkaitan untuk diperiksa bagi mengetahui punca kejadian.

Kes berkenaan disiasat sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Tags: Paraglider
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Operasi Kesan Paraglider Hilang Dihentikan

17/12/2016
0

MARANG - Operasi mencari dan mengesan paraglider yang dikhuatiri hilang berhampiran Taman Buaya, Pulau Kerengga, di sini, Khamis lalu dihentikan...

Lapor Polis Jika Ada Ahli Keluarga Hilang – Polis

15/12/2016
0

MARANG - Usaha mengesan seorang paraglider yang dikhuatiri lemas di pantai berhampiran Taman Buaya, Pulau Kerengga, semalam diperluaskan pada jarak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd