• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapor Polis Jika Ada Ahli Keluarga Hilang – Polis

oleh Ahmad Albab
15/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Usaha mengesan seorang paraglider yang dikhuatiri lemas di pantai berhampiran Taman Buaya, Pulau Kerengga, semalam diperluaskan pada jarak lapan kilometer.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Shuhaimi Ali berkata operasi yang bersambung kira-kira pukul 7 pagi tadi masih gagal mengesan mangsa.

“Sepanjang pencarian di kawasan air dan pesisir pantai juga tidak menemui sebarang petunjuk dan sehingga kini, kami masih mengesan identiti mangsa.

“Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi mengesan mangsa termasuk melakukan pemeriksaan bersama kelab luncur udara namun tiada maklumat diperoleh berhubung insiden itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi pencarian.

Paraglider Dikhuatiri Lemas Di Pantai Pulau Kerengga

Menurutnya, 45 anggota pasukan penyelamat daripada pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat itu.

Mohd Shuhaimi turut meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga tampil membuat laporan di balai polis berhampiran sebagai usaha mengesan identiti mangsa.

Semalam, seorang pemancing yang berada berdekatan lokasi kejadian ternampak seorang paraglider terjunam ke dalam laut kira-kira dua kilometer dari kawasan pantai tersebut.

Saksi Sapiee @ Hassan Tahar, 64, berkata ketika berada di pantai berkenaan kira-kira pukul 6 petang bersama seorang rakannya, beliau ternampak satu objek seperti layang-layang kemudiannya terlihat ada orang dalam paramotor tersebut.

“Saya nampak ia terbang secara bersendirian namun enjinnya tidak berbunyi dan semakin lama semakin rendah sebelum menjunam ke dalam laut. Saya maklumkan kepada rakan namun dia rabun dan tidak nampak insiden itu.

“Kain payung yang berwarna merah dan kuning itu timbul dan tidak lama kemudian ia terus tenggelam,” katanya.

Sapiee berkata setiap petang beliau akan menghabiskan masa lapangnya dengan memancing di kawasan sekitar kediamannya dan kali terakhir melihat paramotor berlegar di kawasan itu sebulan yang lalu. – BERNAMA

Tags: Paraglider
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Enjin Alami Masalah, Paraglider Maut Terjatuh Sungai

13/10/2018
0

ALOR SETAR - Seorang paraglider maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Muda apabila enjin paraglidingnya mengalami masalah ketika aktiviti tersebut...

Operasi Kesan Paraglider Hilang Dihentikan

17/12/2016
0

MARANG - Operasi mencari dan mengesan paraglider yang dikhuatiri hilang berhampiran Taman Buaya, Pulau Kerengga, di sini, Khamis lalu dihentikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd