• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandelela Rai Tamat Pengajian Dengan Terjun Kolam

oleh
30/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan ratu terjun negara, Pandelela Rinong mempamerkan ‘terjunan’ luar biasa di Pusat Akuatik di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil mendapat perhatian netizen.

Menerusi posting di Instagram miliknya, dia melakukan terjunan dengan berpakaian lengkap jubah konvokesyen selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan dengan Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) 2018 berlangsung pada Selasa lalu.

Rakaman selama 17 saat itu ditonton sebanyak 272,226 kali sejak disiarkan 23 jam yang lalu selain mendapat ratusan komen yang kebanyakannya mengucapkan tahniah kepada penerjun kelahiran Sarawak itu.

Antara yang memberikan komen adalah pelakon, Fizo Omar (Wow..so cool) dan aktor serba-boleh, Harith Iskandar (Hahahahahaha that’s brilliant!).

Pemenang perak Olimpik Rio itu dengan bersahaja terjun ke kolam seperti acara 10 meter platform, yang dilihat sebagai simbolik meraikan kejayaannya menamatkan pengajian.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang menamatkan pengajian tahun ini. Saya tahu ia mengambil masa bertahun-tahun yang penuh dengan kerja keras dan terpaksa belajar sehingga lewat malam.

“Tidak dilupakan apabila anda menghadapi kesukaran namun perlu tenang dan kuat untuk mencapai kejayaan. Saya tahu anda gembira kerana akhirnya dapat memakainya.

“Adakah anda menyukai jubah konvokesyen? Saya menyukainya terutamanya warna dan coraknya. Tahniah kepada UM. Saya sangat gembira dan berpeluang membeli serta menggantungnya di rumah. Siapa tahu ia mungkin memberikan rangsangan kepada saya untuk menyambung pelajaran selepas Tokyo 2020,” menurutnya dalam posting terbaru di Instagram.

Selepas lima tahun membahagikan masa sebagai seorang atlet serta penuntut universiti, Pandelela Rinong Pamg akhirnya menarik nafas lega kerana kini boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier selaku penerjun negara. – BH Online

Tags: Pandelela Rinong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pandelela, Dhabitah Berganding Semula

06/04/2022
0

PERSOALAN mengenai siapa yang akan menjadi pasangan baharu ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10 meter (m) platform...

Agong Zahir Tahniah, Bangga Kejayaan Pandelela

06/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada penerjun negara, Pandelela Rinong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd